MINI Multitone Roof – untuk 3-Door, 5-Door, Clubman

MINI Multitone Roof – untuk 3-Door, 5-Door, Clubman

Model MINI telah pun memperkenalkan pilihan spesifikasi terkini bagi menyerlahkan lagi karakter visualnya dengan melancarkan MINI Multitone Roof. Ia boleh dipilih secara spesifik bagi versi MINI 3-Door, 5-Door dan Clubman.

Kemasan warna bagi bumbung kenderaan ini menggunakan proses mengecat wet-on-wet sepenuhnya di fasiliti produksi MINI yang terletak di Oxford, United Kingdom, di mana trio warna merangkumi San Marino Blue, Pearly Aqua an Jet Black diaplikasikan masing-masing pada seksyen hadapan, tengah dan belakang bumbung tersebut.

Kemasan warna pilihan ini juga boleh dispesifikkan dengan rel bumbung dan bumbung kaca panoramik, dan ia boleh dipadankan dengan hampir kesemua kemasan warna luaran, dengan pengecualian bagi Chilli Red dan British Racing Green Metallic, serta Indian Summer Red untuk Clubman.

Tiga tona kemasan bumbung ini juga dapat menunjukkan sedikit perubahan pada paten warna seiring dengan perubahan keadaan persekitaran, bermakna setiap MINI dengan Multitone Roof adalah unik, kata MINI.

Ini merupakan pilihan warna terbaharu untuk bumbung bagi tiga model MINI yang sebelum ini pernah ditawarkan dengan kemasan warna kontras iaitu putih, perak atau hitam bergantung pada kenderaan, bersama dengan warna merah yang digunakan untuk model berprestasi tinggi John Cooper Works. Barisan MINI Official Accessories yang turut ditawarkan secara pilihan untuk beberapa paten dekorasi pada bumbung, seperti Union Jack dan chequered flag.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required