Perbaharui lesen, cukai jalan di pejabat pos ikut temujanji, tiada walk in – tiga transaksi per slot

Perbaharui lesen, cukai jalan di pejabat pos ikut temujanji, tiada walk in – tiga transaksi per slot

Baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memaklumkan lesen memandu dan cukai jalan kenderaan yang tamat tempoh hendaklah diperbaharui sebelum 30 September ini. Di mana mulai 1 Oktober ini, JPJ dan polis akan memulakan pemantauan dan pemeriksaan bagi kedua-dua dokumen berkenaan.

JPJ turut memaklumkan, selain memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu secara dalam talian menerusi portal MySikap JPJ atau MyEg serya kaunter perkhidmatan JPJ di seluruh negara, urusan tersebut juga boleh dilakukan menerusi semua pejabat pos mulai hari ini, 9 Ogos 2021.

Walau bagaimana pun, Pos Malaysia yang telah mengesahkan transaksi urusan JPJ boleh dilakukan di mana-mana cawangan pos, namun orang ramai perlulah membuat temujanji terlebih dahulu. Ini bermakna, tiada ‘walk in’ dibenarkan untuk urusan berkenana.

Untuk menempah slot temujanji berkenaan yang boleh dilakukan menerusi dalam talian, orang ramai bolehlah klik pada Pencarian Cawangan Pos Malaysia melalui laman web rasminya (www.pos.com.my) atau pun aplikasi telefon pintar. Anda perlu memilih negeri dan kemudian memilih cawangan pejabat pos berhampiran dan klik pada link diberikan. Anda dibenar untuk menempah satu slot temujanji sehari dan maksimum tiga transaksi boleh dilakukan bagi setiap satu temujanji.

Dalam masa yang sama, Pos Malaysia mengingatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan sewaktu berkunjung ke cawangannya termasuklah memakai pelitup muka, memeriksa suhu badan, mendaftar masuk MySejahtera dan menjaga penjarakan sosial. Paling penting, jika anda kurang sihat, harap tidak terburu-buru untuk ke pejabat pos atau pun ke mana-mana sahaja. Kekal di rumah, sehingga anda sembuh.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • airyz on Aug 10, 2021 at 10:30 pm

    kenapa semua tarikh tak boleh pilih? saya nak hidup kan lesen. pejabat pos contact semua tiada . yang ada pun all no service number. please help

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
    • Awina Yusof on Aug 16, 2021 at 4:13 pm

      Sama lar…tak boleh klik date untuk appointment..not available…macam mana yer?

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • JAYAPRABU A/L JAYARAMAN on Aug 11, 2021 at 9:13 pm

    Renew lesen

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Muhammad Ramadan on Aug 12, 2021 at 5:11 pm

    Renew Licens

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Anita Binti Mohd Arshad on Aug 15, 2021 at 2:56 am

    Bila boleh renew lesen di pejabat pos sebab 9/8/21 ke pejabat pos pegawai pis info tsk boleh renew lesen memandu..So mcmna

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • MOHD ASRI BIN JUSOH on Aug 17, 2021 at 9:05 am

    TIDAK BOLEH JUGAK.boleh tak booking melalui telefon nak booking isi melalui applikasi sampai sekarang masih tidak dapat lagi.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Shukor bin Abdul Karim on Aug 21, 2021 at 10:11 pm

    Kenapa semua tarikh tak boleh?saya nk hidupkan lesen pejabat pos contact semua tiada tolong lh

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Charan a/l Chan on Aug 26, 2021 at 10:45 pm

    Perbaharui lesen memandu

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • SITI NOOR AIRINA BINTI ZAINOL on Sep 19, 2021 at 11:54 pm

    Nk klik kt mna utk booking slot…xde pun…dh ikut step bnda lain yg kluar

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required