Jualan Geely naik 342% di Filipina & 103% di Rusia, jual 729,512 unit kereta untuk 6 bulan pertama 2021

Jualan Geely naik 342% di Filipina & 103% di Rusia, jual 729,512 unit kereta untuk 6 bulan pertama 2021

Geely Filipina yang diuruskan oleh syarikat tempatan, Sojitz G Auto Philippines (SGAP) mencatatkan momentum jualan yang cukup kuat untuk tahun ini dengan jumlah 2,426 unit berjaya dihantar kepada pelanggan dalam tempoh enam bulan pertama, atau naik 342% berbanding tempoh sama tahun lalu. Rekod berkenaan membolehkan jenama tersebut berada di kedudukan kesembilan dalam jumlah jualan keseluruhan industri di Filipina.

Angka jualan untuk separa tahun pertama 2021 berkenaan sudahpun mengatasi jumlah jualan untuk tahun penuh 2020 yang mencatatkan jualan sebanyak 2,158 unit, walaupun pandemik yang berlaku secara global buat masa sekarang masih belum berakhir. Menurut SGAP, 24% untuk jualan tahun lalu sebenarnya hanya disumbang pada bulan Disember.

Geely Coolray (atau dikenali sebagai Binyue di China dan Proton X50 di Malaysia) merupakan model paling popular jenama tersebut di Filipina dengan jualan sebanyak 1,312 unit pada separa pertama 2021, meningkat 153% berbanding rekod 518 unit yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu. Coolray juga merupakan model paling laris dalam segmen SUV 4×2 subkompak di negara tersebut untuk enam-bulan berturut-turut.

Jualan Geely naik 342% di Filipina & 103% di Rusia, jual 729,512 unit kereta untuk 6 bulan pertama 2021

Bukan hanya di Filipina, Coolray juga kini sangat popular di Rusia dan berjaya menjadi model paling laris di negara berkenaan pada Julai 2021 dengan jualan sebanyak 1,387 unit. Ia diikuti dengan Geely Atlas (juga dikenali sebagai Azkarra, Boyue atau Proton X70) dengan jualan sebanyak 959 unit, dan juga Tugella (juga dikenali sebagai Xingyue S) dengan jumlah jualan 91 unit di Rusia bulan lalu.

Secara keseluruhan, Geely Rusia berjaya menjual sebanyak 2,502 unit kenderaan pada Julai 2021, naik 21% berbanding bulan sebelumnya. Secara kumulatif pula, sebanyak 11,873 unit kenderaan baharu jenama Geely telah dijual dari Januari hingga Julai tahun ini di Rusia, atau 103% lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.

Untuk peringkat global, Geely Automobile Holding dilaporkan telah menjual sebanyak 99,275 unit kenderaan pada Julai 2021, dengan majoriti jualan disumbangkan oleh SUV (60,738 unit), diikuiti oleh sedan (37,829 unit) dan juga MPV (708 unit).

Jualan Geely naik 342% di Filipina & 103% di Rusia, jual 729,512 unit kereta untuk 6 bulan pertama 2021

Manakala untuk jualan kumulatif global, dari Januari hingga Julai 2021 sebanyak 729,512 unit kenderaan (termasuk dari jenama Lynk & Co) telah berjaya dijual, menyaksikan peningkatan sekitar 15% berbanding tempoh sama tahun lalu, serta telahpun mencapai 48% dari sasaran tahunan penuh 1.53 juta unit untuk tahun ini.

Divisi automotif Zhejiang Geely Holding terdiri dari berberapa jenama automotif, dengan Proton adalah salah satu daripadanya. Buat masa sekarang, Proton juga telah mencatatkan peningkatan jualan untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini, dengan jualan sebanyak 56,352 unit atau kenaikan 52% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required