Genesis GV60 didedah – SUV elektrik serba kemas

Genesis GV60 didedah – SUV elektrik serba kemas

Selepas beberapa spyshot dan gambar bocor, Genesis akhirnya mendedahkan secara rasmi buat pertama kalinya, kereta elektrik pertama mereka, iaitu GV60. SUV ini dibuat atas platform Electric-Global Modular Platform (E-GMP) dan dikatakan sebagai model paling mantap keluaran jenama mewah Korea tersebut.

GV60 membawa konsep rekaan yang lebih segar bagi Genesis, dengan badan yang lebih membulat, licin dan memberi gambaran baru ciri unik jenama ini. Penggunaan warna hijau yang terang ini juga menjadikan ia kelihatan lebih ranggi.

Penggayaannya juga disesuaikan sebagai sebuah EV, dengan bahagian hadapan masih lagi menggunakan lampu Two-Line Quad bertingkat, tetapi Crest Grille direndahkan lagi bagi menyejukkan bateri yang berada di bawah badan. Bonet menggunakan bentuk clamshell (bersambung hingga ke tepi), dan di atasnya terdapat lencana bersayap yang lebih nipis.

Genesis GV60 didedah – SUV elektrik serba kemas

Dilihat dari tepi, permukaan badan SUV ini nampak lebih licin kerana menggunakan pembuka pintu jenis tenggelam ke dalam. Pada c-pillar pula terdapat sedikit rekaan yang pelik kerana garis krom atas pintu tidak disambung secara terus sehingga ke but, tetapi mempunyai potongan ke dalam yang membentuk seperti huruf S/Z.

Lampu belakang menggunakan konsep bertingkat sama seperti lampu hadapan, dan di bawah cermin terdapat spoiler yang melekat terus. Penunjuk arah telah diletakkan di bawah dan ia sekarang bersepadu dengan pemantul cahaya pada bahagian kemasan yang berwarna kelabu.

Bahagian dalam kenderaan ini sama bergaya seperti di luar, terutamanya dengan penggunaan skema warna biru dan hijau. Skrin untuk panel instrumen serta sistem infotainmen disambungkan sekali, menjadikan ia nampak lebih lebar sementara konsol tengah pula menggunakan bentuk seakan terapung.

Genesis GV60 didedah – SUV elektrik serba kemas

Satu ciri menarik adalah Crystal Sphere, yang duduk di atas konsol tengah. Ia boleh menyala apabila enjin ditutup, dan berputar ke atas apabila baru dihidupkan untuk membawa keluar tombol pemilih gear. Disebabkan SUV ini menggunakan kamera sebagai pengganti cermin sisi, pada panel pintu terdapat skrin untuk memaparkan pandangan kamera tersebut.

Perincian teknikal GV60 masih belum didedahkan tetapi ia dijangka hampir sama seperti Hyundai Ioniq 5 dan Kia EV6. Ini bermakna, GV60 mungkin akan mendapat pilihan pacuan roda belakang (dengan kuasa 168 hp atau 225 hp), dan pacuan semua roda (dengan 232 hp atau 320 hp), bersama bateri 58 kWh atau 77.4 kWh. Jarak gerak maksimum mungkin berada sekitar 500 km.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required