GALERI: BMW X7 xDrive40i G07 CKD – dari RM648,934

GALERI: BMW X7 xDrive40i G07 CKD – dari RM648,934

Mula tiba di Malaysia dengan model import sepenuhnya (CBU), kini BMW X7 G07 telah ditawarkan di pasaran tempatan dalam versi pemasangan tempatan (CKD). Kini, kami menampilkan galeri penuh model ini yang dilancarkan pada Mei lalu. X7 ditawarkan dengan harga atas jalan RM648,934 tanpa insurans, dengan waranti dua-tahun.

Jika inginkan waranti lima-tahun, tanpa had perbatuan, dengan pakej servis percuma selama lima-tahun, harga atas jalan bagi X7 CKD ini akan melonjak hingga RM673,324, tanpa insurans. Semua harga tersebut telah menerima pengecualian cukai jualan (SST) sehingga 31 Disember 2021.

X7 untuk unit CKD ini ditawarkan dengan varian xDrive401 dalam kemasan Design Pure Excellence. Ia diberikan enjin 3.0 liter turbocas B58 enam-silinder sebaris, menghasilkan 340 PS daripada 5,500 hingga 6,500 rpm dan 450 Nm tork dari 1,500 hingga 5,200 rpm.

GALERI: BMW X7 xDrive40i G07 CKD – dari RM648,934

Transmisi pula menggunakan unit ZF automatik lapan-kelajuan, membolehkan X7 memecut 0-100 km/j dalam masa 6.1 saat hingga laju maksimum 245 km/j. Kadar penggunaan bahan api adalah sekitar 9.5 liter bagi setiap 100 km.

Kemasan luaran untuk spesifikasi Design Pure Excellence ini termasuklah pertambahan kemasan krom di depan, pada tingkap, grafik sisi “kayu hoki” dan bampar belakang, termasuk skid plate depan dan belakang warna perak, body cladding warna badan serta landasan bumbung aluminium satin. Turut diberikan lampu utama BMW Laserlight dan juga rim aloi dua-tona Style 753 bersaiz 21-inci.

Untuk ruang kabin pula, ia dilengkapi tempat duduk larasan kuasa (dengan pemanas untuk tempat duduk hadapan dan memori untuk sebelah pemandu) dibalut dengan kulit Vernasca, sementara papan pemuka menggunakan kemasan kulit buatan Sensatec dan dihiasi kayu berkilat Fineline Stripe. X7 ini juga datang dengan bumbung panoramik Sky Lounge, tuil gear warna perak dan butang kawalan kristal.

Bagi kelengkapan teknologi pula, ia hadir dengan ciri BMW Live Cockpit Professional dengan skrin berkembar 12.3-inci bagi panel instrumen dan infotainmen, serta kawalan gerak-geri, pengecas tanpa wayar dan sistem bunyi Harman Kardon 464-watt 16-pembesar suara. Juga ada ciri Parking Assistant Plus yang termasuk sistem kamera 360-darjah (dengan mod 3D, boleh dilihat di telefon) serta Reversing Assistant.

Kelengkapan standard lain termasuklah sistem tanpa kunci, butang Push Start, pintu tutup sendiri, kawalan suhu lima-zon, pengilap dan lampu automatik, cermin anti-silau automatik, stereng larasan kuasa, penghadang matahari belakang larasan kuasa serta pintu belakang tanpa kendalian tangan.

Model ini turut diberikan lima warna pilihan bagi unit CKD; Sapphire Black dan Sophisto Grey (dipadankan dengan kulit Cognac), Phytonic Blue dan Manhattan (dipadankan dengan kulit hitam) and Mineral White (dipadankan dengan kulit Coffee).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required