Pelumba muda tempatan, Hakim Danish, berusia 14 tahun telah memenangi dua perlumbaan dalam kejuaraan Ohvale Coppa Italia MiniGP di Pomposa, Itali hujung minggu lalu. Beliau masuk berlumba sebagai pilihan wildcard, dan bertanding dalam kategori GP-2 Junior.
Prestasi baik Hakim telah bermula dari pusingan kelayakan lagi, apabila beliau berjaya bukan sahaja mencatat masa paling pantas antara enam pelumba dari Eropah yang lain, malah telah memecahkan rekod litar tersebut. Semasa perlumbaan sebenar Race 1, beliau sekali lagi memecahkan rekod masa terpantas dengan catatan 1:01.270.
MiniGP adalah satu kategori perlumbaan dengan bajet lebih rendah, untuk membenarkan pelumba muda yang berusia antara 10 hingga 14 tahun merasai keadaan dunia perlumbaan sebenar dalam gaya Grand Prix, tetapi menggunakan jentera lumba bawah 200 cc dalam litar yang lebih kecil.
Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.