Proton catat jualan 62,637 unit sehingga Ogos 2021, naik 1.6% – produksi, eksport kembali beroperasi

Proton catat jualan 62,637 unit sehingga Ogos 2021, naik 1.6% – produksi, eksport kembali beroperasi

Proton telah mengumumkan angka jualan dari Jun hingga Ogos 2021 dengan 5,354 unit yang berjaya dijual, merangkumi campuran pendaftaran dalam talian dan eksport. Menurut syarikat itu, sehingga penghujung Ogos 2021, jumlah jualan adalah sebanyak 63,637 unit, iaitu meningkat sebanyak 1.6% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2020.

“Jumlah jualan kami sehingga Ogos mencerminkan prestasi tinggi Proton dalam lima bulan pertama tahun ini. Tahun 2021 amat mencabar bagi industri automotif kerana Perintah kawalan pergerakan, kekurangan bekalan cip dan beberapa isu lain yang merencatkan perkembangan jualan, namun kita yakin jualan industri akan meningkat secara keseluruhan dalam tempoh empat bulan terakhir tahun ini,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

Dengan pembukaan semula bagi kilang pengeluaran di Shah Alam dan Tanjung Malim, operasi pengeluaran boleh diteruskan biar pun Proton berkata ia agak terhad di kilang Tanjung Malim selepas Perak diisytiharkan sebagai negeri Fasa 2 pada 5 Julai. Ini kerana masalah kekurangan komponen dari pembekal yang berlokasi di Selangor, yang masih dalam Fasa 1.

Proton catat jualan 62,637 unit sehingga Ogos 2021, naik 1.6% – produksi, eksport kembali beroperasi

Proton juga telah memulakan kembali aktiviti eksport ke pasaran luar negara. Ini termasuklah Pakistan yang akan menerima tiga penghantaran Proton X70 sebanyak 108 unit pada bulan September serta pek CKD untuk model Saga yang kini dijangkakan akan bermula dipasang siap di sana pada akhir bulan Oktober.

“Selain dari pelanggan di pasaran Malaysia, pasaran eksport Proton juga mendapat manfaat dari pembukaan semula aktiviti produksi. Adalah terlalu awal untuk kita ketahui berapa cepat kita dapat penuhi tuntutan langganan yang belum dijelaskan, namun pihak kami berusaha merapatkan jurang saban hari,” sambung Roslan lagi.

Beliau turut menambah, salah satu kunci kebolehupayaan syarikat untuk membuka semula kilang adalah atas kejayaan pelan vaksinasi PIKAS. Data terkini menunjukkan lebih 93% daripada warga kerja Proton telah divaksinasi sepenuhnya manakala lebih 75% pekerja dari pembekal dan wakil jualan juga talah mendapat vaksin penuh. Oleh itu, keseluruhan ekosistem Proton hampir dibenarkan untuk beroperasi dengan kapasiti 100% berdasarkan SOP semasa untuk pembukaan kilang dan premis perniagaan.

“Sebagai tambahan, kejayaan program vaksinasi kami adalah penting demi prestasi bagi baki tahun ini. Dengan mempunyai tenaga kerja yang divaksin sepenuhnya, kita dapat memberi jaminan kepada pasaran bahawa Proton telah mengambil setiap langkah yang diperlukan bagi memastikan pelanggan yang telah mendapatkan vaksinasi penuh turut dilindungi ketika melawat pusat pameran dan servis kami,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required