Kawasaki Z900 SE 2022 diperkenal di Eropah – set brek Brembo di hadapan, monoshock Ohlins S46

Kawasaki Z900 SE 2022 diperkenal di Eropah – set brek Brembo di hadapan, monoshock Ohlins S46

Di Eropah, Kawasaki telah mengeluarkan satu versi istimewa untuk model naked Z900, dipanggil sebagai Z900 SE. Model ini hanya dijual dalam satu warna sahaja, iaitu Metallic Spark Black/Candy Lime Green, dan melibatkan beberapa peningkatan lain untuk meningkatkan prestasinya.

Pada bahagian suspensi, bahagian belakangnya dinaik taraf dengan monoshock Ohlins S46 yang mempunyai tombol pengawal tahap pra beban, sementara di bahagian hadapan masih menggunakan fork 41 mm boleh laras yang sama seperti sebelum ini, tetapi telah ditala semula dan dicat warna emas.

Pergi kepada brek pula, pakej Brembo baru dipasang pada bahagian depan, dengan terdiri daripada set berkembar cakera 300 mm, angkup M4.32 serta hos steel braided. Brek belakang masih lagi unit cakera 250 mm dengan angkup satu piston.

Bahagian lain motosikal ini adalah sama seperti model yang dinaik taraf pada tahun 2019, termasuklah skrin TFT 4.3 inci berwarna yang boleh disambung kepada telefon pintar dan aplikasi Rideology, empat mod tunggangan, tiga tahap kawalan cengkaman KTRC, berat 213 kg, tangki bahan api 17 liter dan tinggi tempat duduk 820 mm.

Motosikal ini dipacu oleh enjin empat silinder 948 cc bersama kotak gear enam kelajuan untuk menghasilkan kuasa 125 PS pada 9,500 rpm dan 98 Nm tork pada 7,700 rpm. Semua lampu Z900 adalah menggunakan LED kecuali lampu penunjuk arah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required