MG ZS facelift 2021 tiba di Indonesia – dari RM79k

MG ZS facelift 2021 tiba di Indonesia – dari RM79k

MG Motor telah melancarkan secara rasmi SUV segmen-B ZS baharu di Indonesia. Ia ditawarkan dengan tiga kemasan, bermula dengan varian paling asas Activate (269.8 juta Rupiah; RM79k), Ignite (289.8 juta Rupiah; RM85k) dan Magnify (309.8 juta Rupiah; RM91k).

Ketiga-tiganya berkongsikan enjin yang sama iaitu unit petrol 1.5 liter naturally-aspirated empat-silinder. Penjana kuasa DOHC, multi-point injection ini mampu menghasilkan kuasa 114 PS pada 6,000 rpm dan tork 150 Nm pada 4,500 rpm, dengan menyalurkan pacuan ke roda hadapan menerusi CVT dengan lapan nisbah maya. Ia juga dilengkapi dengan tiga mod pemanduan – Urban, Normal dan Dynamic.

Ciri standard yang diberikan termasuklah lampu utama LED projektor dengan lampu nyalaan siang LED, lampu belakang kombinasi LED, cermin sisi boleh lipat larasan kuasa dengan lampu jujukan, dan spoiler belakang. Untuk varian asas dan model spesifikasi pertengahan, ia diberikan roda 16-inci, dan varian tertinggi pula ditampilkan dengan roda Tomahawk 17-inci. Kesemua model juga diberikan suspensi hadapan topang MacPherson dan palang torsion di belakang, dan semuanya turut menerima cakera brek.

MG ZS facelift 2021 tiba di Indonesia – dari RM79k

Di dalamnya, Ignite dan Magnify menerima kemasan upholstery kulit coklat dan hitam (fabrik hitam untuk model asas), dan model tertinggi menjadi varian tunggal diberikan tempat duduk larasan kuasa. Roda stereng balutan kulit diberikan secara standard, termasuk juga dengan plastik sentuhan lembut untuk key touch point, kawalan suhu zon-tunggal. digital (dengan penapisan PM 2.5), butang push-start dan suis brek parkir elektronik.

Ketiga-tiga varian juga diberikan kluster instrumen digital tujuh-inci, paparan infotainmen skrin sesentuh 10.1-inci secara standard, lengkap dengan ketersambungan Apple CarPlay, Android Auto dan Bluetooth. Model asas pula menerima empat pembesar suara dan empat USB Port, manakala dua model tertinggi menerima enam pembesar suara dan lima port pengecasan USB.

Untuk keselamatan, MG ZS telah menerima penarafan lima bintang penuh dari ASEAN NCAP menerusi ujian keselamatan pelanggaran yang dijalankan. Ia menunjukkan prestasi yang baik walau pun mempunyai minimum dua beg udara, brek anti-kunci, kawalan kestabilan elektronik dan sistem pengingatan tali pinggang keledar. Selain itu, ia turut diberikan bantuan brek elektronik, curve brake control, sistem bantuan mula mendaki, cagak Isofix dan lima tali pinggang keledar tiga-poin.

Untuk beg udara, empat unit diberikan untuk Ignite dan enam unit pada Magnify. Varian tertinggi juga menerima sistem kamera sekeliling 360-darjah, sistem pemantauan tekanan tayar dan lampu utama automatik. Tiada sistem bantuan pemandu termaju diberikan, walau pun dua varian tertinggi menerima kawalan kelajuan pasif.

Pelanggan juga diberikan empat pilihan warna luaran – “Artic” White, Scarlet Red, Black Knight dan Silver Metallic. Setiap pembelian didatangkan dengan waranti lima-tahun atau 100,000 km.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required