Mitsubishi Triton Edisi Passion Red untuk Thailand untuk raikan ulang tahun ke-60, dari RM111k-RM118k

Mitsubishi Triton Edisi Passion Red untuk Thailand untuk raikan ulang tahun ke-60, dari RM111k-RM118k

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-60 Mitsubishi Motors Thailand, yang mula bertapak di negara itu sejak 1961 lagi. Sempena meraikan pencapaian jubli intan tersebut, syarikat itu memperkenalkan beberapa model dengan Edisi Passion Red sejak tahun lalu, termasuk Triton yang dipaparkan ini.

Seperti dicadangkan namanya, Triton ini diberikan warna Solid Red serta beberapa sentuhan khusus untuk tujuan ini. Ini termasuklah lencana “60 Tahun 1961-2021” di pintu depannya, grafik “Passion Red” pada rim 18-incinya, perehat kepala dengan emboss khas serta pelapik sisi daripada gentian karbon tiruan dengan tulisan emas. Pengecas tanpa wayar Qi dan sarung kunci turut disediakan.

Edisi Passion Red ini berdasarkan model Double Cab Plus GT 4×2, yang datang dengan lampu utama projektor bi-LED, lampu belakang LED, sistem tanpa kunci, butang Start, pendingin hawa automatik, kerusi balutan kulit, skrin sentuh infotainmen tujuh-inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem kamera 360-darjah, dua beg udara dan kawalan kestabilan.

Dari aspek mekanikal, Edisi Passion Red ini menggunakan enjin sama, unit 2.4 liter MIVEC diesel empat-silinder dengan fungsi Start/Stop automatik, menghasilkan 181 PS pada 3,500 rpm dan 430 Nm tork pada 2,500 rpm. Pacuan dihantar ke roda belakang melalui transmisi enam-kelajuan manual atau automatik. Trak pikap ini dijual pada harga 890,000 baht (RM111,400) bagi versi manual, dan 940,000 baht (RM117,600) bagi versi automatik.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required