Lapor kepada Menteri W.Persekutuan jika terjumpa jalan berlubang di ibu kota, tindakan kurang 24 jam

Lapor kepada Menteri W.Persekutuan jika terjumpa jalan berlubang di ibu kota, tindakan kurang 24 jam

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim memaklumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan segera dalam masa 24 jam terhadap aduan, rungutan dan makluman mengenai kerosakan jalan raya di ibu negara.

Menurut beliau, perkara ini telah dibincangkan dengan DBKL dan mengarahkan agar pihak berkuasa tempatan tersebut mengambil tindakan segera terhadap aduan sedemikian, laporan Bernama.

“Boleh hubungi menteri (019-4545111), timbalan menteri (019-6524444) atau Datuk Bandar (016-2068883). Bersiap siaga 24 jam. Yang baru datang Kuala Lumpur terjumpa jalan lopak hubungi (nombor yang diberikan). Kita akan ambil tindakan 24 jam,” katanya ketika menggulung Rancangan Malaysia Ke-12 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, semalam.

Menurut Shahidan, DBKL sentiasa memantau keadaan jalan raya di Kuala Lumpur terutama berdekatan projek pembangunan, kawasan jalan utama serta kawasan tumpuan utama untuk memastikan keadaan jalan raya diturap dan dibaiki.

Pada awal Januari lalu, DBKL telah memperkenalkan talian aduan melalui aplikasi WhatsApp dikenali sebagai ‘Aduan Potholes DBKL’. Ia adalah bagi kemudahan orang ramai membuat aduan atau menyalurkan maklumat berkaitan kerosakan jalan raya di sekitar ibu kota.

Talian aduan tersebut adalah bagi membantu DBKL untuk segera membaiki sebarang jalan raya rosak atau berlubang berdasarkan maklumat orang ramai bagi memastikan ibu negara bebas daripada jalan berlubang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required