MOF disaran beri insentif buat golongan B40 pasang kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan

MOF disaran beri insentif buat golongan B40 pasang kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan

Untuk pembentangan Bajet 2022, Kementerian Pengangkutan (MOT) menyarankan agar Kementerian Kewangan (MOF) memberikan insentif kepada golongan ibu bapa B40 bagi melakukan pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di kenderaan masing-masing.

“Saya tengah berbincang dengan MOF dan berharap dalam bajet kali ini akan ada perkara yang dipertimbangkan,” kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Selain itu, MOT turut mencadangkan kepada MOF untuk menambah kaunter bergerak (mobile unit) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Di mana pihaknya berharap rancangan untuk menambah 30 unit kaunter itu dipertimbangkan bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada negeri yang luas, khususnya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak serta penempatan masyarakat Orang Asli, laporan Bernama.

“Kedua, kami juga mahu tambah unit kiosk JPJ. Dahulu ia diletakkan dalam kawasan JPJ dan orang awam boleh lakukan urusan mereka secara kendiri, tetapi sekarang kami memikirkan mahu meletakkannya di bangunan seperti balai raya, bangunan kerajaan dan sebagainya.

“Ini membantu kami (JPJ) dan memudahkan rakyat kerana dalam beberapa minit, mereka boleh urus semua urus niaga secara kendiri,” tambahnya lagi.

Bajet 2022 dijangka dibentang di Dewan Rakyat pada 29 Oktober ini, yang merupakan belanjawan yang pertama di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas berlaku pertukaran kepimpinan negara pada akhir Ogos lalu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Sell your car, get paid in 24 hours

Renew your car insurance with us, 10% discount!

Use the promo code 'PAULTAN' when you checkout for 10% discount!

Renew Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required