Rentas negeri dibenarkan bermula esok bagi yang lengkap dua dos vaksin — kadar vaksinasi kini 90%

Rentas negeri dibenarkan bermula esok bagi yang lengkap dua dos vaksin — kadar vaksinasi kini 90%

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan kerajaan kini memberi kebenaran bagi pergerakan rentas negeri di seluruh negara bermula esok, 11 Oktober 2021. Ini berikutan kadar vaksinasi kebangsaan sudah mencapai 90% bagi mereka yang telah menerima dua dos suntikan vaksin ketika ini.

Dua syarat utama untuk membolehkan orang-ramai memanfaatkan keistimewaan ini adalah pertama, ia hanya bagi mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin, dan kedua perlu terus mengamalkan penjagaan kendiri dan memastikan SOP sedia ada sentiasa dipatuhi — penggunaan pelitup muka, kerap membasuh tangan dan juga menjaga jarak fizikal di tempat awam perlu sentiasa dipatuhi.

Walaupun serentak dengan ini tiada lagi sekatan jalan raya khusus, termasuklah untuk menyemak status vaksinasi orang-ramai, bagi mereka yang tidak cukup dos atau tidak mengambil vaksin langsung, pihak berkuasa tetap akan membuat pemeriksaan rawak, misalnya ketika di R&R dan restoran, untuk memastikan hal ini. Jika didapati ada perlanggaran peraturan, tindakan akan diambil, sama seperti sebelum ini.

Rentas negeri dibenarkan bermula esok bagi yang lengkap dua dos vaksin — kadar vaksinasi kini 90%

Bagaimanapun, pergerakan yang melibatkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) tetap tidak dibenarkan dengan kebenaran rentas negeri ini. Maksudnya, kawasan yang diletakkan di bawah PKPD tetap tidak akan dibuka untuk bergerakan keluar-masuk secara bebas.

Bagi orang ramai yang ingin melakukan perjalanan ke luar negara pula, My Travel Pass yang sebelum ini diperkenalkan juga telah dimansuhkan. Juga bermula esok, warga Malaysia boleh ke luar negara untuk aktiviti rasmi dan juga bukan rasmi seperti melancong. Syaratnya sama, mereka wajib telah lengkap dua dos vaksin. Bagi yang ingin pulang ke Malaysia, mereka perlu melakukan swab test tiga hari sebelum tarikh pulang, dan juga ketika tiba di pintu masuk negara. Kuarantin pula kini boleh dilakukan sendiri di rumah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required