Kebenaran rentas negeri secara serentak di seluruh negara bakal diumumkan dalam masa terdekat ini – PM

Kebenaran rentas negeri secara serentak di seluruh negara bakal diumumkan dalam masa terdekat ini – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan kebenaran merentas negeri yang akan diumumkan dalam tempoh beberapa hari lagi berkuat kuasa serentak di seluruh negara. Jelasnya, kebenaran serentak itu berikutan kebanyakan negeri dijangka mencapai kadar vaksinasi populasi dewasa 80%, apabila purata vaksinasi individu berusia 18 tahun ke atas di seluruh negara mencapai 90%.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat bersabar sementara menunggu kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus dan akan mengumumkan kebenaran rentas negeri dalam tempoh terdekat.

“(Rentas negeri) serentak seluruh negara. Walaupun janji peringkat awal 80% (kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa), tapi program vaksinasi di negeri masih di peringkat rendah iaitu sekitar 60, 70%. Kalau kita buka seluruh negara (ketika kadar vaksinasi lengkap 80%), mungkin akan berikan kesan yang tak baik kepada negeri yang kurang dari segi peratusannya.

“Namun jika (purata vaksinasi seluruh negara negara) 90%, kita jangka purata di negeri sudah pun melebihi 80 peratus,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Kebenaran rentas negeri secara serentak di seluruh negara bakal diumumkan dalam masa terdekat ini – PM

Mengulas lanjut, Ismail Sabri memberi jaminan larangan rentas negeri di seluruh negara yang berkuat kuasa sejak 10 Mei lalu, akan berakhir dalam tempoh beberapa hari lagi.

“Kita tunggulah, tapi dah tak lama dah. Saya yakin tak lama. Kita akan umumkan dalam waktu terdekat. Sehari, dua hari, tiga hari ke, tak tahulah. Tunggulah, tapi tak lama dah,” katanya.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memberitahu bahawa sehingga tengah malam 7 Oktober 2021, kadar vaksinasi populasi dewasa sudahpun mencapai 89.1%.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata SOP sedia ada yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara sebelum ini akan terus diguna pakai sebaik sahaja pergerakan rentas negeri dibenarkan tidak lama lagi. Beliau turut menjelaskan bahawa SOP berkenaan akan turut terpakai untuk mengawal pergerakan mereka yang enggan menerima suntikan vaksinasi dengan mengawal kebebasan yang mereka ada untuk melakukan pelbagai aktiviti biarpun mereka merentas negeri.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required