Polis Johor guna kamera pintar iCOPS kesan pesalah trafik yang ada tunggakan kompaun, waran tangkap

Polis Johor guna kamera pintar iCOPS kesan pesalah trafik yang ada tunggakan kompaun, waran tangkap

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memaklumkan pihaknya kini menggunakan kamera pintar iCOPS bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai tunggakan kompaun serta waran tangkap di negeri itu. Jelasnya, sebanyak empat kamera iCOPS dibekalkan kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sejak awal tahun ini.

“Polis Johor dibekalkan empat kamera pintar iCOPS yang kini digunakan di tiga daerah iaitu Kota Tinggi, Johor Bahru Selatan (JBS) dan Iskandar Puteri selain unit peronda Trafik di lebuh raya negeri ini. Penggunaan alat ini dapat mengesan kenderaan yang mempunyai saman tertunggak, waran tangkap, nombor pendaftaran palsu dan rekod jenayah curi.

“Data kenderaan akan diperoleh melalui saringan nombor pendaftaran menerusi iCOPS yang kemudian dihubungkan dengan pangkalan data iCOPS JSPT,” katanya seperti dilaporkan oleh Harian Metro.

Pada Oktober 2020, beliau pernah mengumumkan sebanyak lebih 193,713 saman trafik tertunggak yang dikeluarkan kepada wargaasing yang memasuki negeri terbabit masih belum dijelaskan. Walau bagaimanapun, tambah beliau, pihaknya sentiasa memantau pintu masuk di sempadan Malaysia-Singapura bagi membuat pemeriksaan saman tertunggak dan akan meminta saman dibayar serta-merta sebelum dilepaskan memasuki negara.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required