UMW Toyota lancar 22 pilihan aksesori GR Racing eksklusif bagi GR Yaris, Vios GR-S, Vios dan Yaris

UMW Toyota lancar 22 pilihan aksesori GR Racing eksklusif bagi GR Yaris, Vios GR-S, Vios dan Yaris

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah mengumumkan barisan aksesori GR Racing kini telah pun berada di pasaran Malaysia secara rasminya. Aksesori ini ditawarkan secara eksklusif untuk model GR Yaris, Vios GR-S, Vios dan Yaris.

Terdapat 22 jenis pilihan bagi aksesori GR Racing yang ditawarkan, ini termasuklah palang penstabil, jalur cermin depan GR, jalur badan sport, penyudah muffler sport, scuff plate dengan iluminasi, nut hab roda premium (krom hitam), balutan dalaman gentian karbon, plat akrilik TGR, pakej top black GR dan pakej perumah cermin sisi hitam GR.

Manakala aksesori GR Racing bagi GR Yaris edisi terhad yang boleh didapati di GR Garage seluruh negara melibatkan lima naik taraf penggayaan dan prestasi termasuk spoiler depan GR dengan lanjutan spoiler belakang, skirting sisi GR, spoiler bampar belakang GR, sports muffler GR dan set panel dalaman gentian karbon GR.

Walau bagaimana pun, ada beberapa aksesori telah pun diberikan secara standard bagi Vios GR-S iaitu butang suis penghidup GR, lencana GR dan pelapik kaki GR.

“Gazoo Racing merupakan sebuah nama yang mendapat perhatian meluas dalam pasaran tempatan sejak pertama kali kami memperkenalkan jenama itu pada 2017. Ia mewakili semangat aktiviti permotoran Toyota di seluruh dunia, dan ini telah diterjemahkan ke dalam beberapa usaha tempatan, termasuklah penganjuran Toyota Gazoo Racing Festival, siri perlumbaan Vios Challenge, Kejuaraan Gazoo Racing Velocity Esports, pengenalan kenderaan GR eksklusif, pelancaran Vios GR-S di Malaysia dan penubuhan Program Pembangunan Bakat Muda Gazoo Racing untuk pemandu baru.

“Ketersediaan dan jualan aksesori GR ini adalah lanjutan Toyota untuk merancakkan usahanya mengukuhkan kedudukan dalam sukan permotoran di Malaysia. GR mementingkan prestasi sama seperti penggayaan, keselamatan dan gaya hidup, dan ini tercermin daripada senarai awal aksesori yang mula ditawarkan ini,” ujar Ketua Pegawai Sukan Permotoran Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama.


Presiden UMW Toyota Motors, Ravindran K. pula berkata ketersediaan aksesori GR ini membolehkan pelanggan menjadikan kereta mereka lebih personal dan unik, terutama mereka yang berkongsi minat yang sama dalam sukan permotoran.

“Dengan model GR mempunyai susur galurnya yang tersendiri, jenama GR pula tidak hanya terhad kepada prestasi semata-mata. Jenama itu juga membawa semangat keseronokan pemanduan, dan inilah apa yang boleh dijangkakan oleh pelanggan dengan adanya penawaran aksesori ini,” ujar Ravindran.

Semua alatan dan aksesori GR datang dengan jaminan setahun dan untuk memastikan pemasangan yang betul, pelanggan boleh melakukannya di lima GR Garage iaitu Fokus Tetap (Shah Alam, Selangor), PCM Klang Motor (Klang, Selangor), Wing Hin Auto (Balakong, Selangor), Telagamas (Kulim, Kedah) dan Mutiara Motorsports (Masai, Johor). Selain itu, ia juga boleh didapati 39 cawangan GR (pengedar Toyota yang bersaing dalam siri perlumbaan Vios Challenge).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required