Suzuki lancar Gixxer 250 dan Gixxer SF250 di Vietnam

Suzuki lancar Gixxer 250 dan Gixxer SF250 di Vietnam

Suzuki Vietnam hari ini telah melancarkan dua model baru, iaitu Gixxer 250 dan Gixxer SF250 untuk pasaran negara itu. Ia adalah sesuatu yang mengujakan bagi penggemar motosikal di sana kerana ini adalah pertama kali Suzuki menyediakan produk 250 cc untuk mereka.

Dua model ini mempunyai asas yang sama, tetapi bentuk yang berbeza, iaitu Gixxer 250 sebagai sebuah motosikal naked sementara Gixxer SF250 menggunakan bentuk sport fairing penuh. Bahagian pemegang Gixxer 250 juga adalah lebih tinggi.

Selain panel badan, kelengkapan lain bagi kedua-dua motosikal ini adalah sama. Enjin menggunakan unit satu silinder SOHC suntikan bahan api 249 cc bersama padanan kotak gear enam kelajuan untuk menghasilkan kuasa 26 hp pada 9,000 rpm dan 22.6 Nm tork pada 7,500 rpm.

Lampu hadapan dan belakang dua model ini menggunakan unit LED, sementara panel instrumen pula menggunakan unit digital yang boleh memaparkan pelbagai informasi termasuk kedudukan gear. Kedua-dua brek hadapan dan belakang menggunakan sistem cakera, dan ia dilengkapi dengan ABS two-channel.

Kelengkapan lain yang terdapat pada dua model ini adalah fork teleskopik, monoshock di belakang, tangki bahan api 12 liter, tinggi tempat duduk 800 mm dan rim 17 inci dengan tayar 110/70 di hadapan dan 150/60 di belakang.

GALERI: Suzuki Gixxer SF250 pasaran Vietnam

GALERI: Suzuki Gixxer 250 pasaran Vietnam

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required