Yamaha RayZR 125 Fi-Hybrid dilancarkan untuk India

Yamaha RayZR 125 Fi-Hybrid dilancarkan untuk India

Yamaha telah memperkenalkan sebuah motosikal hibrid untuk pasaran India, iaitu RayZR 125 Fi-Hybrid. RayZR sebenarnya bukanlah sebuah model baru bagi pasaran itu, kerana sebelum ini memang sudah terdapat RayZR 113 cc dan RayZR 125 Fi. Model baru ini dipertingkat pada pelbagai aspek, dan yang paling utama adalah penggeraknya.

RayZR Hybrid menggunakan padanan enjin satu silinder SOHC suntikan bahan api 125 cc BlueCore bersama Smart Motor Generator (SMG) untuk menghasilkan kuasa 8.2 PS pada 6,500 rpm dan 10.3 Nm tork pada 5,000 rpm. Jika dibandingkan dengan model 113 cc, ia dapat menghasilkan pecutan 30% lebih pantas.

Menurut Yamaha, selain pecutan, sistem hibrid ini juga dapat memberikan penggunaan bahan api yang lebih baik, di mana bagi RayZR, jarak gerak boleh bertambah sehingga 16% (berbanding model 113 cc) dan dilengkapi dengan sistem Automatic Start & Stop yang senyap.

Walaupun merupakan skuter kecil, RayZR Hybrid diberikan sistem berteknologi seperti lampu LED, panel instrumen digital serta sistem sambungan Yamaha Connect X (untuk sambungan kepada telefon dan pelbagai fungsi tambahan).

Kelengkapan lain yang disediakan pada skuter ini adalah termasuk fork teleskopik, satu penyerap hentak di belakang, brek cakera di hadapan, ruang simpanan 21 liter di bawah tempat duduk, berat keseluruhan 99 kg, tangki bahan api 5.2 liter serta rim 12 inci di hadapan dan 10 inci di belakang.

Selain daripada model biasa yang dijual pada harga bermula 76,830 rupee (RM4,246) Yamaha juga menyediakan RayZR Hybrid versi Street Rally yang didatangkan dalam pilihan warna istimewa, aksesori hiasan yang menjadikannya lebih sporty serta tayar bunga lebih kasar.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required