Kinto One tawarkan promosi hujung tahun — langgan Yaris dari RM398 untuk tempoh tiga bulan pertama

Kinto One tawarkan promosi hujung tahun — langgan Yaris dari RM398 untuk tempoh tiga bulan pertama

Perkhidmatan langganan kenderaan Toyota, Kinto One kini menghampiri usianya yang kedua di Malaysia dan sedang menawarkan promosi besar untuk hujung tahun, sah sehingga 31 Disember. Syarikat itu memberikan penjimatan besar bagi tiga bulan pertama pelanggan memandu sebuah kenderaan Toyota baru, dengan langganan bermula hanya dari RM398 sebulan.

Jumlah tersebut adalah bagi kereta yang paling murah dalam senarai, iaitu Yaris 1.5J, yang biasanya akan dikenakan RM1,228 bagi tempoh selama 60 bulan (lima tahun) — ini melibatkan penjimatan RM830. Jika inginkan lebih ruang but, Vios 1.5J boleh dipilih dengan bayaran serendah RM518 sebulan bagi tiga bulan pertama, turun dari kadar biasa RM1,348 sebulan.

Sedan lebih besar juga ada. Corolla 1.8E boleh dimiliki dari RM1,878 sebulan (turun dari RM2,298), sementara Camry 2.5V bermula dari RM2,798 sebulan (RM3,808 sebelum ini). Perlukan tujuh tempat-duduk? Avanza 1.5E ditawarkan pada RM1,058 sebulan (dari RM1,368) dan sekiranya inginkan Vellfire 2.5 atau Aplhard 3.5, masing-masing boleh dipandu balik pada kadar RM5,478 (dari RM7,508) dan RM6,618 (dari RM9,248) sebulan. Penjimatan Alphard yang paling besar, melibatkan sejumlah RM2,630.

Sudah tentu, bayaran bulanannya akan berbeza, bergantung kepada varian dan tempoh yang dipilih (boleh juga untuk 36 bulan atau 48 bulan) atau sama ada ia didaftarkan untuk individu atau syarikat. Pelanggan juga boleh memilih antara Lite dan Standard Maintenance (yang kedua ini meliputi gantian peralatan) dan had jarak 20,000 km atau 30,000 km setahun (jarak ini boleh ditambah dengan kos 50 sen satu kilometer).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required