BMW M cecah 50 tahun pada 2022, rai dengan lencana, warna warisan – M2, M4 GTS, M hibrid sah dihasilkan

BMW M cecah 50 tahun pada 2022, rai dengan lencana, warna warisan – M2, M4 GTS, M hibrid sah dihasilkan

Pada tahun 1972 BMW membangunkan divisi permotoran yang didedikasikan untuk aktiviti perlumbaan jenama tersebut. Dikenali sebagai BMW Motorsport (kini dipanggil BMW M) banyak memperkenalkan jentera prestasi tinggi sehingga kini.

Untuk meraikan ulang tahun yang ke-50, BMW M akan mengembalikan semula lencana lamanya yang berbentuk bulat serta warna warisannya iaitu biru, violet dan merah, yang ditawarkan untuk senarai pilihan. Untuk logo, ia sudah boleh ditempah bermula hujung Januari, dan ia bukan hanya untuk pembeli jentera BMW M, tetapi juga pemilik model BMW dengan pakej M Sport juga boleh mendapatkannya.

Logo asal BMW Motorsport diperkenalkan pada jentera lumba pada tahun 1973 sebelum digantikan dengan logo tiga warna M yang masih digunakan sehingga hari ini yang diperkenalkan pada 1978 untuk jentera M yang pertama, M1 supercar. Ia merupakan satu-satunya jentera BMW yang diproduksi dengan menggunakan kedua-dua logo itu, sehinggalah setakat ini.

Selain lencana tersebut, BMW M juga menawarkan lebih 50 warna warisan unyuk model terpilih bagi tahun 2022. Ini termasuklah warna Dakar Yellow, Fire Orange, Daytona Violet, Macao Blue dan Imola Red, bersama dengan Frozen Yas Marina Blue yang ditambah kemasan matte untuk warna hero M3 F80.

Sambutan ulang tahun ini pasti kurang berseri jika tiada model baharu yang diperkenalkan. Maka tahun 2022 bakal menjadi tahun yang bermakna buat BMW M. Syarikat itu telah mengumumkan bakal mendedahkan wagon M3 Touring yang pertama, malah turut mengesahkan bakal memperkenalkan M4 G82 versi “istimewa” – berkemungkinan model GTS – dan juga M2 generasi akan datang.

Bukan itu sahaja, BMW M juga bakal memperkenalkan kenderaan prestasi tinggi elektrifikasi pertamanya pada 2022, setelah melancarkan model M Performance elektrik pertama iaitu i4 M50, pada tahun lalu. Ia dikhabarkan adalah model SUV XM, yang menggunakan versi plug-in hybrid S63 4.4 liter pengecas turbo berkembar yang turut digunakan oleh M5.

Motor elektrik tambahan ini boleh menyalurkan lebih 200 PS, dengan kuasa keseluruhan mencecah 760 PS dan tork lebih 1,000 Nmm. Kereta ini akan dipertontonkan sebagai Concept XM, yang akan didedahkan minggu hadapan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required