Kementerian Kewangan telah mengumumkan bagi minggu bertarikh 9 hingga 15 Disember 2021, harga bahan api petrol RON 97 mengalami penurunan sebanyak 3 sen seliter, menjadi RM2.99 seliter berbanding RM3.02 seliter sebelum ini.
Namun, harga runcit bagi petrol RON 95 masih dikekalkan pada paras RM2.05 seliter. Harga tersebut tidak berubah sejak Februari lalu dan telah mencapai harga siling.
Begitu juga dengan harga diesel Euro B10/B20 juga masih kekal berharga RM2.15 seliter, dan gred Euro 5 B7 pula berharga RM2.25 seliter.
Harga baharu ini berkuatkuasa mulai 12.01 tengahmalam ini, sehinggalah Rabu hadapan iaitu pada 15 Disember 2021.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.