Hyundai Palisade dilancarkan di Malaysia 16 Dis ini

Hyundai Palisade dilancarkan di Malaysia 16 Dis ini

Hyundai-Sime Darby Motor telah mengesahkan bahawa SUV bersaiz besar, Hyundai Palisade bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 16 Disember ini. Pengumuman berkenaan dibuat menerusi laman Facebook rasminya, dan pelancaran tersebut juga akan dibuat secara maya.

Spesifikasi penuh SUV tersebut telah pun diumumkan sebelum ini, di mana ia akan tampil dalam versi tujuh atau lapan tempat duduk. Kedua-dua konfigurasi berkenaan juga ditawarkan dengan pilihan enjin turbodiesel dan juga petrol, digandingkan dengan kotak gear lapan kelajuan automatik.

Bagi pilihan turbodiesel, ia dilengkapkan dengan enjin empat-silinder sebaris 2.2 liter berkuasa 200 PS dan tork maksima 440 Nm. Manakala unit janaan petrol pula dibekalkan dengan enjin V6 3.8 liter NA, menghasilkan 295 PS dan tork maksima 355 Nm. Walau bagaimanapun, hanya model diesel yang disertakan sistem pacuan semua roda.

Kesemua model tak kira konfigurasi tempat duduk mahupun enjin menerima kelengkapan yang sama. Ia termasuk lampu hadapan, lampu nyalaan siang dan lampu belakang LED, rim aloi 20-inci jejari-Y, dua bumbung suria dan juga pintu tailgate bantuan kuasa.

Hyundai Palisade dilancarkan di Malaysia 16 Dis ini

Manakala dalam kabin ia menerima tempat duduk larasan kuasa bersama liang aliran udara (termasuk tempat duduk belakang untuk model tujuh-tempat duduk), upholsteri kulit Nappa, sistem pendingin hawa tiga zon serta skrin sesentuh sistem infotainmen bersaiz lapan-inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Semua versi juga akan menerima kelengkapan keselamatan standard seperti enam-beg udara, sistem kawalan kestabilan elektronik, kawalan menurun bukit, pemantau titik buta, amaran lintasan trafik belakang, amaran buka pintu dan juga pengingat tempat duduk belakang.

Walau bagaimanapun, hanya model dengan enjin petrol V6 sahaja menerima sistem bantuan pemanduan termaju Hyundai SmartSense yang terdiri dari sistem seperti brek kecemasan automatik, cruise control adaptif (dengan stop & go), bantuan kekal tengah lorong, pengelak pelanggaran titik buta dan lintasan trafik belakang, lampu tinggi automatik dan amaran mula berlepas hadapan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required