UMW Toyota Motor jual 8,486 unit pada Nov 2021 – cecah 63,105 unit dalam 11 bulan, naik 26% dari 2020

UMW Toyota Motor jual 8,486 unit pada Nov 2021 – cecah 63,105 unit dalam 11 bulan, naik 26% dari 2020

UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan sejumlah 8,486 unit kenderaan Toyota dan Lexus telah dihantar sepanjang November lalu, menunjukkan sedikit penurunan sebanyak 14 unit (-0.16%) berbanding 8,500 unit pada Oktober. Prestasi bulan lalu juga menunjukkan peningkatan berbanding yang direkodkan pada September dengan sejumlah 8,033 unit.

Keseluruhan jumlah tersebut melibatkan 6,620 kereta penumpang dan 1,866 unit kenderaan komersil (termasuk trak pikap). UMWT berkata bagi kenderaan penumpang, Vios mendahului carta, dengan menguasai 33% bagi jualan pada bulan lalu, sementara Hilux pula kekal sebagai trak pikap terlaris di Malaysia, masih utuh pada kedudukan tersebut sejak 2005.

Bagi tempoh Januari hingga November 2021, UMWT melaporkan jualan keseluruhan bagi jenama Toyota dan Lexus mencapai angka 63,105 unit, iaitu 26% lebih tinggi berbanding tempoh sama bagi tahun lalu, di mana sebanyak 50,074 unit terjual.

“Pertumbuhan pasaran yang berterusan adalah tanda yang kami kian melangkah ke arah pemulihan. Norma baru bermakna pendekatan berbeza perlu diambil untuk beberapa perkara dan kita perlu peka dengan SOP. Di Toyota, kami telah menyesuaikan proses yang terlibat dengan sewajarnya. Pelanggan boleh berkunjung ke pusat pameran atau menghantar kenderaan mereka ke pusat servis yang sah dengan rasa lega bahawa kesihatan mereka akan terjamin,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Tambahnya lagi, “Untuk bulan terakhir tahun ini, kami memberikan tawaran hebat dan menerusi promosi “Now Is The Time”, penjimatan diberi sehingga RM5,500 untuk model terpilih. Selain itu, kerajaan meneruskan dasar pengecualian cukai jualan yang akan menambah lagi penjimatan kepada pelanggan.”

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required