Puspakom tutup sementara operasi di S’gor & Pahang

Puspakom tutup sementara operasi di S’gor & Pahang

Puspakom telah mengumumkan penutupan sementara beberapa Pusat Pemeriksaan Kenderaan di negeri Selangor dan Pahang mulai hari ini, 20 Disember 2021 sehingga dimaklumkan kelak berikutan banjir yang melanda di kedua-dua negeri berkenaan.

Penutupan tersebut melibatkan cawangan Shah Alam, Glenmarie dan Padang Jawa di Selangor dan Raub serta Pekan di Pahang.

“Bagi pelanggan yang telah membuat temujanji pemeriksaan di cawangan tersebut, bayaran temujanji akan dipulangkan secara automatik dalam tempoh 30 hari dan pelanggan diminta untuk mengabaikan Peringatan Temujanji MyPUSPAKOM jika ada menerimanya. Sementara itu, pelanggan yang telah membuat temujanji namun tidak dapat hadir pemeriksaan akibat terjejas dengan banjir boleh memohon pemulangan bayar balik dengan menghantar e-mel ke [email protected]

“Sebagai alternatif, pelanggan yang terjejas akibat penutupan ini boleh hadir ke cawangan berdekatan secara walk-in dengan membawa slip temujanji cawangan yang terlibat dengan penutupan sebagai bukti temujanji,” kata Puspakom.

Menurut Puspakom, pengoperasian semula cawangan-cawangan ini akan dimaklumkan kelak. Orang ramai boleh mengikuti Facebook Puspakom Sdn Bhd atau melayari www.puspakom.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung operasi Puspakom dari semasa ke semasa.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required