Mitsubishi Emirai xS Drive tunjuk teknologi pemerhati penumpang, sistem lampu utama adaptif serba maju

Mitsubishi Emirai xS Drive tunjuk teknologi pemerhati penumpang, sistem lampu utama adaptif serba maju

Mitsubishi Electric telah menunjukkan sebuah kereta konsep yang dipanggil sebagai Emirai xS Drive. Ia dihasilkan lebih kepada untuk menunjukkan sistem pemerhatian pemandu terkini, dan akan dibawa ke pameran CES di Amerika Syarikat Januari nanti.

Padanya terdapat kamera inframerah-dekat dan sensor gelombang radio yang mampu mengesan sekiranya pemandu rasa mengantuk atau sakit tiba-tiba berdasarkan raut wajah (mata tertup, mulut terbuka dan pelbagai lagi) serta informasi lain dari badan seperti nadi dan tahap pernafasan.

Sistem ini juga boleh mengesan variasi tona kulit yang berlaku akibat perubahan degupan jantung dan juga perubahan bahagian lain seperti lampu suasana ataupun gegaran pada kenderaan. Sekiranya tanda-tanda ini tidak menepati tahap tertentu, sistem akan mengeluarkan amaran untuk menyuruh pemandu berehat ataupun mengaktifkan fungsi parkir kecemasan untuk mengelakkan kebarangkalian kemalangan.

Tiga sensor turut digunakan untuk mengesan keberadaan penumpang lain, menggunakan posisi muka penumpang serta titik rangka bahagian atas badan untuk menentukan dengan tepat saiz badan mereka. Gelombang radio daripada sensor juga membantu mengesan kewujudan kanak-kanak berhampiran titik buta kamera inframerah, sebagai contoh apabila mereka diselubungi selimut ataupun jatuh ke lantai. Informasi daripada sistem ini akan disampaikan kepada pemandu.

Sistem pemerhati pemanduan maju ini juga berfungsi dengan High-Definition Locator (HDL) untuk mengawal lampu utama yang boleh mengikut lengkungan selekoh serta cerun di hadapan kenderaan. Sistem ini juga boleh mengetahui sudut pandangan pemandu dan ia akan membantu menerangkan bahagian yang sedang dilihat dan menjadikan pemanduan lebih selamat di waktu malam.

Sokongan selebihnya diberikan oleh kamera lain di bahagian luar serta radar gelombang milimeter untuk mengeluarkan amaran melalui bunyi 3D dan unjuran jalan, yang membolehkan pemandu mengenal pasti potensi bahaya di hadapan serta sekiranya ada kenderaan yang menghampiri dari belakang, tanpa perlu melihat.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required