BMW iX M60 2022 didedah – kini EV paling pantas BMW Group, kuasa 619 PS, 0-100 km/j dalam 3.8 saat

BMW iX M60 2022 didedah – kini EV paling pantas BMW Group, kuasa 619 PS, 0-100 km/j dalam 3.8 saat

BMW iX M60 akhirnya didedahkan secara rasmi dan menjandi petanda cabang prestasi M syarikat itu juga sedang melakukan peralihan ke segmen kenderaan prestasi dengan kuasa elektrik. M60 kini adalah varian iX yang paling tinggi, dan ia menyediakan peningkatan prestasi yang banyak berbanding iX xDrive50 Sport.

Dua motor elektrik (satu di setiap gandar) menggerakkan SUV ini. Ia adalah unit current-energised synchronous, iaitu satu rekaan yang tidak menggunakan besi yang susah didapati. BMW memberitahu, tetapan ini juga membenarkan motor tersebut mencapai ketumpatan kuasa sangat tinggi, bersesuaian dengan penyampaian kuasa tipikal sebuah model M.

Kuasa keseluruhan yang boleh dihasilkan adalah 455 kW (619 PS) dan 1,015 Nm (boleh meningkat menjadi 1,100 Nm apabila menggunakan Launch Control), membenarkan SUV elektrik ini melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.8 saat dan mencapai kelajuan maksimum yang dihadkan pada 250 km/j (lebih 50 km/j berbanding xDrive50 Sport). Semua catatan ini membawa makna iX M60 adalah EV paling laju keluaran BMW Group.

Motor elektrik yang digunakan mencatat tahap kecekapan sehingga 93%, dan ini menyumbang kepada penggunaan kuasa yang rendah, iaitu 24.7 hingga 21.6 kWh bagi setiap 100 km (kitaran WLTP). Bateri lithium ion 105.2 kWh diberikan standard dan ia menawarkan jarak gerak sehingga 566 km dengan sekali cas penuh.

Spesifikasi mengecas adalah sama seperti xDrive50 Sport – M60 boleh menerima pengecas AC 11 kW dan pengecas pantas DC 200 kW dengan sambungan CCS2. Apabila menggunakan cara kedua, dari tahap bateri 10%, ia boleh naik sehinga 80% dalam masa 35 minit ataupun apabila dicas selama 10 minit, ia boleh memberi jarak gerak 150 km. Jarak gerak tambahan boleh didapati melalui sistem penjanaan semula kuasa brek.

Pada bahagian suspensi, bahagian hadapan menggunakan tetapan double wishbone sementara bahagian belakang menggunakan gandar five link. Suspensi udara dual-axle adaptif khas M (tinggi kenderaan boleh dilaras secara manual) diberikan secara standard bersama penyerap yang boleh dikawal secara elektronik. Secara fizikalnya tiada transfer case pada SUV ini, jadi, semua cengkaman dan gelinciran dikawal menggunakan sistem elektronik. BMW memberitahu, ia adalah lebih tahan lasak dan lebih pantas berbanding transfer case biasa.

BMW iX M60 2022 didedah – kini EV paling pantas BMW Group, kuasa 619 PS, 0-100 km/j dalam 3.8 saat

Turut diberikan standard adalah Integral Active Steering, iaitu satu sistem yang dapat memastikan stabiliti dalam pergerakan lurus dan mengoptimakan kelasakan serta pengendaliannya. BMW iX M60 datang dengan rim 21 inci, brek sports M dengan angkup warna biru serta anti roll bar tebal untuk gandar belakang. Rim 22 inci warna Titanium Bronze disediakan sebagai pilihan tambahan.

Di bahagian dalam, anda akan menemui skrin BMW Curved Display (dengan BMW OS dan kemas kini OTA) yang besar, roda stereng bentuk heksagon, balutan anthracite pada lapik bumbung serta tempat duduk pelbagai fungsi yang mempunyai bahagian kepala bersambung terus. Tempat duduk yang dibalut kulit serta kemasan Gold Bronze di dalam disediakan sebagai pilihan tambahan.

Ciri standard lain yang diberikan adalah BMW Live Cockpit Progressional, BMW Natural Interaction (kawalan suara serta gerakan), Bowers & Wilkins Diamond Surround Sound System, BMW Laser Light, Active Seat Ventilation untuk kedua-dua tempat duduk hadapan, Heat Comfort Package, serta Comfort Access.

Sama seperti varian iX yang lain, M60 juga dipasang dengan sensor, perisian serta platform komputer generasi terbaru BMW Group yang membenarkan pemasangan sistem bantuan pemandu canggih. Menurut BMW, pada masa hadapan, kenderaan ini boleh menyediakan pemanduan autonomous Level 3. BMW iX M60 akan dilancarkan untuk pasaran sekitar bulan Jun tahun ini.

Pengeluarannya dibuat di kilang BMW Group di Dingolfing, Jerman, di mana kilang itu sendiri menggunakan sumber elektrik hijau 100% apabila proses pengilangan berjalan. BMW juga menggunakan aluminium serta plastik kitar semula, dan bahagian dalam iX menggunakan kayu yang disahkan oleh FSC serta kulit yang diproses dengan ekstrak daun pokok buah zaitun.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required