Volkswagen Passat R-Line 2022 di Malaysia – 2.0L TSI kini dengan 220/350 Nm, DSG 6-kelajuan; dari RM213k

Volkswagen Passat R-Line 2022 di Malaysia – 2.0L TSI kini dengan 220/350 Nm, DSG 6-kelajuan; dari RM213k

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memberikan peningkatan untuk Passat R-Line bagi model tahun 2022. Unit pemasangan tempatan (CKD) untuk varian tertinggi ini, selepas Elagance, kini ditawarkan dengan harga RM212,939 (atas jalan tanpa insurans, termasuk pengecualian cukai jualan), menjadikannya ia RM8,506 lebih mahal berbanding pelancarannya pada Oktober 2022.

Peningkatan harga ini disebabkan beberapa penambahbaikan yang dilakukan, terutamanya melibatkan lonjakan kuasa bagi enjin 2.0 liter pengecas turbo empat-silider yang kini dipertingkatkan ke 220 PS (217 hp) dari 4,500 hingga 6,200 rpm dan tork 350 Nm dari 1,500 hingga 4,400 rpm, berbanding Passat R-Line terdahulu yang hanya 190 PS dan 320 Nm – angka prestasi ini masih sama seperti Elegance.

Peningkatan lain yang dibuat ialah bahagian transmisi, di mana enjin yang lebih berkuasa kini digandingkan dengan unit dwi-klac wet DSG enam-kelajuan, yang menggantikan kotak gear tujuh-kelajuan pada model sebelum ini. Penjana kuasa ini dilaras lebih kurang sama dengan model pre-facelift bagi Passat Highline. Selain itu, model ini turut diberikan Dynamic Chassis Control (DCC) adaptive dampers dan XDS electronic differential lock, di mana kedua-duanya tidak ditampilkan pada Elegance.

Di dalamnya, Passat R-Line ini menerima panel kawalan baharu untuk sistem kawalan suhu dengan ciri sensitif-sentuhan dan maklumbalas haptik. Selain itu, ia juga diberikan sistem bunyi Harmon kardon 700-watt dengan 12-pembesar suara dan empat mod bunyi (Pure, Chill Out, Live & Energy), yang dipertingkatkan dari larasan lapan-pembesar suara sebelum ini. Untuk pengetahuan anda, kedua-dua ciri tersebut telah ditarikbalik dari Arteon R-Line terbaharu yang dilancarkan pada Julai 2021.

Ciri lain yang turut diberikan untuk model 2022 ini termasuk logo Volkswagen yang baharu, model kedua selepas Arteon dengan logo tersebut. Pilihan warna juga dikurangkan daripada enam ke lima warna sahaja, termasuk mengembalikan pilihan sebelum ini dengan serlahan dua efek-mutiara – Deep Black dan Oryx White – sementara warna metalik termasuk Aquamarine Blue, Manganese Grey dan warna baharu Scale Silver (menggantikan Reflex Silver). Tamarind Brown pula digugurkan.

Selain itu, ciri lain di dalam risalah spesifikasi Passat R-Line tidak berubah seperti sebelum ini. Ciri standard termasuk pakej penggayaan R-Line, roda aloi Verona 19-inci, lampu utama LED, lampu belakang dengan jujukan indikator, roda stereng flat-bottomed, pedal aluminium, headlining hitam dan upholstery kulit Nappa hitam dengan paten seperti gentian karbon.

Klik untuk besarkan

Ia juga termasuk paparan instrumen digital 11.7-inci, sistem navigasi Discover Pro dengan skrin sesentuh 9.2-inci dan ketersambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan dengan wayar Android Auto, kemasukan tanpa kunci dan butang oenghidup enjin, kawalan suhu tiga-zon Climatronic, cermin pandang belakang auto-kelam, kawalan kelajuan, kamera undur, tempat duduk hadapan larasan kuasa 14-hala dengan fungsi memori dan mengurut untuk bahagian pemandu.

Untuk aspek keselamatan juga tiada perubahan, masih mengekalkan enam beg udara, ABS dengan EBD dan bantuan brek, kawalan kestabilan, pemantauan titik buta dengan kepekaan trafik lintasan belakang, sistem pemantauan tekanan tayar dan cagak ISOFIX di belakang.

Setiap pembelian didatangkan dengan waranti lima-tahun dan perbatuan tanpa had, tiga-tahun pakej servis percuma dan lima-tahun bantuan tepi jalan percuma, sama seperti sebelum ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required