Op Selamat 17/2022 – 1,420 kemalangan jalan raya direkodkan di Selangor; 11,464 saman dikeluarkan

Op Selamat 17/2022 – 1,420 kemalangan jalan raya direkodkan di Selangor; 11,464 saman dikeluarkan

Polis Selangor telah mengesahkan sebanyak 1,420 kes kemalangan jalan raya direkodkan di negeri tersebut dalam Op Selamat 17 yang bermula pada 28 Jan 2022 sempena Tahun Baharu Cina.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, daripada jumlah itu, 219 kemalangan berlaku di lebuh raya, 96 di jalan persekutuan, 182 di jalan negeri, 825 di jalan bandaran dan 98 di lain-lain jalan, laporan Berita Harian.

“Statistik ini menunjukkan penurunan sebanyak 634 kes yang mana pada Op Selamat 16 Tahun Baharu Cina 2020, sebanyak 2,054 kemalangan direkodkan bagi tempoh yang sama.

“Bagi kes kemalangan maut pula, sebanyak lapan kes direkodkan setakat ini yang kesemuanya membabitkan penunggang motosikal. Jumlah ini juga menunjukkan penurunan sebanyak enam kes yang mana Op Selamat 16 merekodkan 14 kematian membabitkan 11 penunggang motosikal dan tiga pejalan kaki,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut berkata, sebanyak 11,464 saman membabitkan enam jenis kesalahan utama juga direkodkan setakat ini.

Katanya, antara kesalahan utama berkenaan adalah memandu melebihi had laju (10,879 saman); tidak patuh lampu isyarat (318); menggunakan alat komunikasi ketika memandu (236); memotong barisan (27); memotong garisan berkembar (3) dan memandu di lorong kecemasan (1).

Bagi Op Selamat 17/2022 ini, ia dilaksanakan sehingga 6 Februari ini di seluruh negara dengan mengekalkan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required