Menerusi Bajet 2022 yang dibentangkan pada Oktober tahun lalu, kerajaan turut mengumumkan pemberian subsidi 50% atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak oleh golongan B40.
Di bawah pelan tersebut, ibubapa yang membeli kerusi keselamatan kanak-kanak bernilai RM300 dan kebawah akan menerima subsidi sebanyak 50% daripada harga asal, sementara subsidi maksimum pula ialah RM150 bagi yang membeli kerusi keselamatan kanak-kanak melebihi harga RM301. Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, sebanyak RM30 juta disediakan untuk tujuan ini dan dikatakan bakal memberi manfaat kepada lebih 188,000 keluarga B40.
Untuk menebus subsidi ini, ibubapa perlu menghantar permohonan menerusi www.mycrs.gov.my bermula 1 Mac 2022 (laman web terbabit hanya akan diaktifkan mulai hari tersebut), menurut The Rakyat Post. Berikut ialah kriteria kelayakan untuk subsidi pembelian kerusi kanak-kanak:
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula 1 April 2022, dan bagi sesiapa yang layak untuk mendapatkan subsidi ini bolehlah ke kedai terpilih yang diluluskan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) untuk membelinya. MIROS akan meluluskan kedai yang juga merupakan pembekal yang terlatih sebagai Penasihat Keselamatan Penumpang Kanak-kanak (COSA) untuk memastikan pembeli diberikan panduan tentang cara yang betul untuk memasang kerusi berkenaan di dalam kenderaan mereka.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.