Sistem e-testing untuk ujian memandu dalam proses pembuktian konsep, selesai hujung Mac ini – MOT

Sistem e-testing untuk ujian memandu dalam proses pembuktian konsep, selesai hujung Mac ini – MOT

Kementerian Pengangkutan telah mengesahkan plaksanaan sistem e-Testing bagi pengambilan ujian lesen memandu, kini dalam proses pembuktian konsep (POC) bagi memastikan pelaksanaannya menepati dan mematuhi peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Henry Sum Agong, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Projek e-Testing, dan empat syarikat telah memohon serta diberi kelulusan menjalankan POC itu, laporan Bernama.

“Ketika ini, Jawatankuasa Teknikal sedang dalam proses penilaian ke atas sistem dibangunkan syarikat berkenaan. Laporan penilaian POC itu dijangka dapat dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan pada akhir bulan ini. Mana-mana syarikat yang berjaya dalam fasa penilaian POC, akan ditawar melaksanakan projek rintis bagi tempoh tertentu sebelum sistem ini mula diperkenalkan secara berperingkat di Institut Memandu seluruh negara,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Beliau menjawab soalan Anthony Loke Siew Fook (PH-Seremban) mengenai bila sistem e-Testing dapat dilaksanakan sepenuhnya bagi semua proses ujian lesen memandu oleh JPJ dan syarikat pembekal teknologi yang dipilih untuk melaksanakan sistem itu.

Menjawab soalan tambahan Loke mengenai kesungguhan kementerian dalam melaksanakan sistem berkenaan, Henry berkata, sistem baharu itu perlu melalui POC sebelum ke peringkat ujian konsep.

“Adalah amat penting bahawa konsep baharu ini perlu diteliti dengan baik sebelum dilaksanakan kerana membabitkan masyarakat umum, dan supaya apabila diterima pakai nanti, tiada masalah yang timbul,” katanya.

Mengenai soalan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) berkaitan kesiapsiagaan kerajaan dalam pemantauan dan pelaksanaan e-Testing kepada pemandu, Henry berkata, “Ia bergantung pada proses POC yang sedang dijalankan. Proses (POC) ini dijangka berakhir pada hujung bulan ini, dan selepas itu akan dilaksanakan mengikut konsep yang dilihat baik untuk kegunaan masyarakat awam.”

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required