Suzuki Raider R150 Fi edisi khas Azlan Shah tersedia 300 unit untuk pasaran Malaysia, harga RM11,988

Suzuki Raider R150 Fi edisi khas Azlan Shah tersedia 300 unit untuk pasaran Malaysia, harga RM11,988

Sekiranya berminat dengan Suzuki Raider R150 Fi yang baru dilancarkan pagi tadi, tetapi mahukan sesuatu yang lebih istimewa, anda boleh mendapatkan model keluaran istimewa edisi Azlan Shah yang juga dibuka untuk jualan kepada umum pada harga RM11,988 (tidak termasuk insurans).

Model yang dibangunkan dengan kerjasama antara Suzuki Malaysia, Azlan Shah dan Amitec ini hanya akan dikeluarkan sebanyak 300 unit dan setiap unit akan mempunyai lencana nombor keluaran. Mereka yang berminat boleh membuat tempahan melalui pengedar rasmi motosikal Suzuki di seluruh Malaysia.

Seperti yang boleh dilihat di dalam gambar, keistimewaan model ini adalah ia menggunakan grafik khas dengan nama serta nombor lumba Azlan Shah, dan dipasang dengan pelbagai aksesori daripada Racing Boy, yang boleh meningkatkan prestasinya.

Ini termasuklah pam brek dan klac berserta tuilnya, getah pemegang, pelindung tepi pemegang, cermin sisi, tongkat tepi, monoshock belakang dengan larasan mampatan, angkup brek hadapan serta hos brek stainless steel braided. Menurut wakil Amitec, ergonomik motosikal ini turut dilaras mengikut input yang diberikan oleh Azlan Shah.

Bahagian enjin bagaimanapun tidak diusik, dan ia masih menggunakan unit satu silinder DOHC suntikan bahan api standard, bersama transmisi enam kelajuan, menghasilkan kuasa 18.2 hp pada 10,000 rpm dan 13.8 Nm tork pada 8,500 rpm.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • mohamad imran on Mar 15, 2022 at 3:20 pm

    kalau deposit berpa lepas bang

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • aishah on Mar 20, 2022 at 12:10 am

    saya banyak kali tanya kepada kedai motor suzuki semua pun senyap tak nak layan customer, kalau tak nak mahu jual motor suzuki baik jangan jual geram sebab tak kena layan oleh kedai suzuki

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • joker on Mar 25, 2022 at 11:27 am

    bagi la kedai yg ambil booking…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required