Mitsubishi Colt 2023 — model ikonik dari Renault Clio, dengan teknologi hibrid dan dipasang di Turki

Mitsubishi Colt 2023 — model ikonik dari Renault Clio, dengan teknologi hibrid dan dipasang di Turki

Mitsubishi mula menunjukkan model Colt 2023, yang akan menjadi model kedua pengeluar itu yang di”rebadge” daripada model Renault selepas ASX 2023, yang telah ditunjukkan dalam teaser Januari lalu, yang menjadi sebahagian perancangan pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi.

Colt akan datang ini akan dibangunkan di Bursa, Turkey, di mana Renault Clio juga dikeluarkan. Colt akan dilancarkan di beberapa pasaran terawal tahun depan. Kembalinya model Colt ini menandakan usianya yang hampir 60 tahun sejak mula diperkenalkan pada 1962.

Pendekatan ini telah diumumkan oleh pakatan berkenaan pada Mei 2020, yang memberi tumpuan kepada perkongsian platform, tapak pengeluaran, sistem janaan dan banyak lagi. Perkongsian platform bersama Renault Clio juga akan menampilkan elektrifikasi, seperti yang ditunjukkan oleh lencanan Hybrid EV di pintu depan Colt dalam imej teaser ini.

Colt yang ditampilkan ini berkongsi wajah depan Dynamic Shield yang sinonim dengan kenderaan semasa Mitsibishi, dengan rekaan “X” dilanjutkan ke lampu utama, sementara pintu belakang juga menerapkan rekaan Clio dengan pemegang tersembunyi bagi menampakkan rekaan ala tiga pintu.

Mitsubishi Colt 2023 — model ikonik dari Renault Clio, dengan teknologi hibrid dan dipasang di Turki

Menggunakan platform CMF-B, Clio E-Tech menjadi model asas kepada Colt berdasarkan sistem janaan elektrikfikasi, dengan memanfaatkan enjin 1.6 liter petrol dan generator-pemula voltan tinggi dan motor elektrik lebih besar yang digandingkan dengan kotak gear tanpa klac dengan multi-mod.

Bateri dalam Clio E-Tech diletakkan di belakang, dengan kapasiti 1.2 kWh 230V. Bersama dengan enjin pembakaran dalaman, ia menghasilkan output 140 hp.

Sebagai perbandingan, Captur E-Tech — yang menjadi asas kepada ASX akan datang — boleh memanfaatkan tetapan enjin petrol 1.6 liter dengan dua motor dalam konfigurasi siri-selari dengan output 160 hp, dengan pacuan elektrik datangnya dari bateri 9.8 kWh dari sistem elektrikal 400-volt.

Dalam penawaran elektrifikasinya, Clio E-Tech yang menjadi asas Colt boleh memberi penjimatan minyak sehingga 40% berbanding versi enjin pembakaran dalaman dalam saiz yang sama dalam penggunaan urban, sekiranya ia dipandu di jalan kota 80% masanya dalam mod elektrik.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required