DBKL kaji sistem lampu isyarat, parkir & isu kenderaan berat pada waktu puncak bagi atasi kesesakan

DBKL kaji sistem lampu isyarat, parkir & isu kenderaan berat pada waktu puncak bagi atasi kesesakan

Isu kesesakan trafik di kebanyakan laluan di negara kita, khususnya di ibu kota Kuala Lumpur bukanlah satu cerita baharu. Bahkan, ada sesetengah tempat, kesesakan trafik berlaku tidak mengira waktu dan hari, lebih-lebih lagi jika ada berlaku kemalangan. Bukan setakat kenderaan yang terbabit kemalangan tersebut menghalang lalu lintas tetapi sikap pemandu yang gemar memperlahankan kenderaan untuk menonton insiden terbabit antara punca jalan sesak teruk.

Itu belum lagi faktor lain yang boleh penyumbang kesesakan trafik, antaranya sistem lampu isyarat, isu parkir sesuka hati dan juga kemasukan kenderaan berat pada waktu puncak.

Disebabkan faktor ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah diminta oleh Kementerian Wilayah Persekutuan untuk membuat kajian terperinci bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota.

DBKL kaji sistem lampu isyarat, parkir & isu kenderaan berat pada waktu puncak bagi atasi kesesakan

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, beberapa pendekatan akan diputuskan dalam masa terdekat untuk memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya berhubung masalah itu, laporan Bernama

“Saya minta DBKL membuat kajian terperinci untuk mengatasi masalah ini, walau mungkin 100% tak boleh selesai tetapi sekurang-kurangnya dapat membantu kurangkan kesesakan pengguna di Kuala Lumpur ini,” katanya kepada pihak media semalam ketika diminta mengulas kaedah penyelesaian masalah kesesakan di ibu kota pada masa ini.

Selain itu, beberapa pendekatan perlu dilaksanakan antaranya sistem lampu isyarat iaitu di bandar dan pinggir bandar yang diuruskan syarikat berlainan perlu selaras antara satu sama lain untuk pastikan trafik lancar dan tidak tersekat di mana-mana laluan masuk dan keluar ibu kota.

“Saya juga sudah minta Datuk Bandar melihat dan meneliti perkara ini sama ada keperluan untuk tidak menggunakan lagi dua sistem lampu isyarat berbeza ini atau memutuskan hanya satu sistem lampu isyarat dikendalikan sebuah syarikat sahaja,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, katanya, faktor lain yang mempengaruhi kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur akan turut menjadi fokus dalam kajian berkenaan.

“Bukan sahaja lampu isyarat, ada juga pengguna yang parkir sesuka hati di tempat tidak dibenarkan dan tidak terkawal, jadi semua sistem parkir akan diuruskan supaya tidak menghalang perjalanan lalu lintas. Selain itu punca kesesakan lain seperti kemasukan kenderaan berat pada waktu puncak serta pada masa sama pembukaan perniagaan di tempat tidak dibenarkan turut akan menjadi perhatian dan dalam tindakan kita untuk menyelesaikan kesesakan.

“Semua ini akan diselaraskan dan dibentangkan kepada saya sebelum dikemukakan dalam Pasca Kabinet Kementerian Wilayah Persekutuan (Postcab) untuk diputuskan dalam masa terdekat,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required