Chevrolet panggil balik 3,725 unit kenderaannya termasuk SAAB di M’sia untuk ganti beg udara Takata

Chevrolet panggil balik 3,725 unit kenderaannya termasuk SAAB di M’sia untuk ganti beg udara Takata

Agak lama juga tidak kedengaran berita mengenai isu beg udara buatan Takata yang penuh kontroversi. Ini kerana kebanyakan pengeluar kereta dunia yang terlibat dengan isu ini telah melancarkan kempen panggil balik yang melibatkan model-model kenderaan yang tersenarai dengan isu ini.

Terkini, giliran Chevrolet pula melaksanakan langkah yang sama dan ia turut melibatkan modelnya yang pernah dijual di Malaysia.

Disebabkan Chevrolet tidak lagi dipasarkan di sini, kempen tersebut diuruskan oleh Saphan9 Engagement, syarikat perunding komunikasi dan kandungan, yang telah dilantik untuk mengendalikan pengumuman, capaian pelanggan, aset digital, maklumat dan pengurusan data bagi jenama ini.

Menurut wakil Chevrolet ini, model yang terbabit ialah Chevrolet Cruze (2010-2015), Chevrolet Orlando (2013-2015), Chevrolet Sonic (2013-2014), Chevrolet TRAX (2017) dan SAAB 9-3 (2007).

Inflator beg udara pemandu ini mengandungi tablet bahan rejang PSAN (Ammonium Nitrat Fasa Distabilkan) yang tidak kering, yang mungkin mengalami perubahan selepas terdedah kepada suhu tinggi kitaran waktu siang dalam persekitaran kelembapan tinggi. Inflator mungkin pecah jika penjanaan gas melebihi keupayaan inflator untuk mengeluarkan gas.

“Pembaikan panggil balik yang bermula hari ini dan secara percuma itu akan dikendalikan oleh pengedar sah Honda terpilih,” menurutnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Difahamkan Honda turut menjadi rakan kongsi tempatan bagi Chevrolet untuk menjalankan kempen terbabit.

Pemilik yang terjejas digalakkan melayari laman mikro panggil balik Chevrolet di www.chevrolettakatarecallmy.com di mana mereka akan dibimbing mengenai langkah-langkah untuk pembaikan panggil balik beg udara itu. Selain itu, pemilik juga boleh menghubungi talian 011- 3129 9963 atau 011-3129 9965 untuk maklumat lanjut.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required