Beberapa jalan KL ditutup, dilencong hingga 30 Julai sempena program Road March di Dataran Merdeka

Beberapa jalan KL ditutup, dilencong hingga 30 Julai sempena program Road March di Dataran Merdeka

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman telah mengumumkan beberapa jalan utama di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur terlibat dengan penutupan dan lencongan sejak semalam sehingga 30 Julai ini.

Penutupan/lencongan sementara jalan berkenaan adalah bagi kelancaran program Road March anjuran Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 Tahun 2022 yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka pada Sabtu ini (30 Julai).

Jalan-jalan yang terlibat ialah Jalan Raja, Jalan Hishamuddin, Jalan Kinabalu, susur Jalan Hishamuddin (susur Bukit Aman), Bulatan Dato’ Onn/ Jalan Raja (Gereja), Lebuh Pasar Besar menuju ke Jalan Hishamuddin, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja

Dalam masa yang sama, JSPT turut menasihati para pengguna jalan raya agar merancang perjalanan dengan mengelakkan daripada melalui jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan dan lencongan serta patuhi arahan pegawai dan anggota polis yang bertugas. Selain itu, anda juga boleh menggunakan pengangkutan awam seperti LRT dan MRT untuk ke pusat bandar.

Klik untuk besarkan imej

“Bagi orang ramai yang ingin berkunjung ke program Road March ini, dan memilih untuk memandu sendiri, anda boleh meletakkan kenderaan di kawasan parkir yang disediakan berhampiran dengan Dataran Merdeka. Antara kemudahan kawasan parkir tersebut adalah parkir Padang Merbok, sekitar Jalan Raja Laut, sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sekitar Masjid India,” ujar JSPT menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Menerusi program ini juga, JSPT juga bakal menawarkan pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50% bagi kesalahan terpilih. Bagi orang ramai yang memiliki saman trafik tertunggak dan mahu melangsaikannya dengan menikmati diskaun ini, bolehlah datang ke program berkenaan yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Seperti program penawaran diskaun saman sebelum ini, ia tidak ditawarkan bagi kompaun yang membabitkan kemalangan, saman berstatus waran tangkap, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat merah, memotong secara bahaya/potong ‘Q’ dan menggunakan lorong kecemasan. Selain itu, kesalahan yang dikategorikan tidak boleh kompaun (NC), berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan pengubahsuaian ekzos kenderaan turut tidak ditawarkan pengurangan.

Selain itu, program Road March ini juga menyediakan banyak lagi acara menarik yang bakal disajikan untuk kunjungan orang ramai, antaranya pameran aset-aset PDRM, persembahan aksi motosikal PDRM, persembahan dari Unit Payung Terjun 69 Komando dan banyak lagi program istimewa untuk anda seisi keluarga.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required