Modenas Ninja 250, Ninja 250 ABS dan Z250 ABS dilancar di Malaysia – harga RM19k, RM21k dan RM20k

Modenas Ninja 250, Ninja 250 ABS dan Z250 ABS dilancar di Malaysia – harga RM19k, RM21k dan RM20k

Setelah sekian lama senyap, Kawasaki hari ini secara rasminya masuk kembali ke dalam pasaran Malaysia di bawah Modenas, dengan pelancaran tiga model iaitu Ninja 250, Ninja 250 ABS dan Z250 ABS. Harganya masing-masing adalah RM18,900, RM20,500 dan RM19,500.

Bagi Ninja 250, ia adalah model sama seperti yang dilancarkan oleh Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd pada tahun 2018, tetapi menunjukkan pengurangan harga yang ketara kerana pada waktu itu, ia dilancarkan pada harga RM23,071 tidak termasuk insurans.

Ninja 250 dan Z250 menggunakan asas yang sama, cuma panel badan, lampu serta meternya berbeza untuk menjadikan satu sebagai motosikal sports manakala satu lagi naked. Enjin dua silinder DOHC 249 cc padanya juga menghasilkan kuasa sama, iaitu 37 hp pada 12,500 rpm dan 23 Nm tork pada 10,000 rpm. Transmisi menggunakan unit enam kelajuan dengan klac jenis assist & slipper.

Bahagian suspensi semua motosikal ini menggunakan padanan fork teleskopik di hadapan dan monoshock di belakang, sementara rim pula bersaiz 17 inci dan dibalut tayar masing-masing bersaiz 110/70 di hadapan dan 140/70 di belakang.

Seperti yang boleh dilihat pada namanya, Ninja 250 tidak mempunyai sistem brek ABS, manakala Ninja 250 ABS dan Z250 ABS dipasang dengan sistem keselamatan tersebut, dan dilaksanakan melalui cakera 286 mm di hadapan dan 193 mm di belakang.

Kelengkapan lain yang terdapat pada semua motosikal ini adalah lampu hadapan dan belakang LED, tangki bahan api 14 liter serta tinggi tempat duduk 795 mm. Berat Ninja 250 dan Z250 ABS adalah sama, iaitu 165 kg, sementara Ninja 250 ABS pula mencatat berat 167 kg.

Warna yang ditawarkan untuk Ninja 250 ada dua, iaitu Metallic Carbon Grey dan Metallic Matte Graphite, untuk Ninja 250 ABS ada satu sahaja iaitu Metallic Matte Graphite Grey dan untuk Z250 ABS ada dua, iaitu Metallic Spark Black dan Candy Cardinal Red. Jaminan yang diberi adalah selama dua tahun atau 20,000 km.

GALERI: Modenas Ninja 250 2022


GALERI: Modenas Ninja 250 ABS 2022


GALERI: Modenas Z250 ABS 2022

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required