Pengecas pantas DC 50 kW baru di R&R Ayer Keroh arah selatan – kabel CCS2, CHAdeMO dan Type 2

Pengecas pantas DC 50 kW baru di R&R Ayer Keroh arah selatan – kabel CCS2, CHAdeMO dan Type 2

Ini ada satu lagi berita baik untuk pemilik kenderaan elektrik yang menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan – pengecas DC di R&R Ayer Keroh arah selatan kini sudah diperbaharui oleh ChargEV. Pada tahun 2018, ini adalah pengecas pantas DC pertama yang dipasang di Lebuh Raya dengan menyediakan dua kabel iaitu CHAdeMO 50 kW dan AC Type 2 22 kW.

Sekarang, ia telah diganti dengan tiga kabel pengecas pantas ABB dengan soket jenis CHAdeMO 50 kW, CCS2 50 kW dan AC Type 2 43 kW (pasti menggembirakan pemilik Renault Zoe generasi sebelum ini). Penambahan kabel jenis CCS2 memang sangat dialu-alukan kerana kebanyakan EV yang dijual di Malaysia sekarang ini menggunakan soket jenis itu untuk pengecasan pantas DC, berbanding CHAdeMO.

Untuk mengaktifkan pengecas di R&R Ayer Keroh ini, anda perlu menggunakan aplikasi ChargEV. Berikut adalah harga yang dikenakan untuk pengecas tersebut, yang perlu dibayar melalui kad kredit atau debit di dalam aplikasi ChargEV anda.

  • CCS2 50 kW – RM1.10
  • CHAdeMO 50 kW – RM1.10 seminit
  • Type 2 43 kW – RM2.00 setiap 10 minit

Selain pengecas di kawasan berhampiran restoran, terdapat juga beberapa pengecas lain di R&R Ayer Keroh ini iaitu pengecas AC 22 kW di stesen Petronas, dan pengecas DC 50 kW (RM1.20/min) di stesen Caltex.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required