Ducati Streetfighter V4 Lamborghini guna tanda unik dan konsep rekaan Huracan STO, hanya 630 + 63 unit

Ducati Streetfighter V4 Lamborghini guna tanda unik dan konsep rekaan Huracan STO, hanya 630 + 63 unit

Ducati mengeluarkan satu lagi motosikal edisi supercar, dan kali ini dipanggil sebagai Ducati Streetfighter V4 Lamborghini. Secara mekanikalnya masih lagi sebuah Streetfighter V4, model ini hanya akan dikeluarkan sebanyak 630 unit dan ia kemudiannya diterapkan dengan konsep rekaan serta tanda-tanda unik Lamborghini Huracan STO.

Sebagai tambahan, terdapat 63 unit motosikal ini yang dipanggil Speciale Clienti (Pelanggan Khas) akan disediakan untuk pemilik Lamborghini. Bersama dengan Centro Stile Ducati, pemilik Lamborghini yang mendapatkan Ducati Streetfighter V4 Lamborghini boleh memilih warna badan serta rim motosikal untuk menyamai supercar mereka.

Anda boleh lihat inspirasi rekaan Huracan STO pada Streetfighter V4 Lamborghini ini antaranya pada bahagian penghadang lumpur hadapan dan belakang, ‘bajak’ bawah, ekor belakang, panel tepi tangki serta pelbagai lagi. Corak kain yang digunakan untuk gentian karbon motosikal ini juga adalah sama seperti Huracan STO.

Barangan Rizoma turut digunakan pada motosikal ini, termasuk peletak kaki, tuil klac dan brek, serta pelindung kaki aluminium billet, pad tempat duduk, pelindung bahagian meter dan tempat kunci, serta pelindung sprocket yang dibuat dariapda gentian karbon.

Rim pada Streetfighter V4 Lamborghini ini juga menggunakan rekaan yang sama seperti Huracan STO, dan ia merupakan unit forged yang menggunakan pengunci titanium – juga rekaan khas Lamborghini – pada lengan ayun belakang.

Di atas tangki bahan api motosikal ini terdapat satu plat khas yang menunjukkan nombor keluarannya, dan ia juga terukir pada kunci serta terpapar pada skrin TFT bersama animasi khas jenama Ducati dan Lamborghini apabila motosikal dihidupkan.

Ducati Streetfighter V4 Lamborghini guna tanda unik dan konsep rekaan Huracan STO, hanya 630 + 63 unit

Warna yang digunakan pada Streetfighter V4 Lamborghini ini adalah antara warna khas Huracan STO, iaitu Verde Citrea/Arancio Dac, manakala sayap tepi dan angkup brek Brembo padanya menggunakan warna Arancio Dac. Fork hadapan adalah daripada Ohlins, tetapi menggunakan kelongsong berwarna hitam.

Untuk melengkapkan koleksi, pemilik Streetfighter V4 Lamborghini ini boleh mendapatkan sut lumba serta helmet Arai yang menggunakan konsep warna dan grafik sama seperti motosikal keluaran istimewa ini, yang dijual secara berasingan. Walaupun baru ditunjuk kepada umum, kesemua 630 unit motosikal ini sudah terjual dan harganya tidak diberitahu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required