Mercedes-Benz Vito Tourer Special Edition 2022 kini di Malaysia – RM379,888, gaya luaran seperti Maybach

Mercedes-Benz Vito Tourer Special Edition 2022 kini di Malaysia – RM379,888, gaya luaran seperti Maybach

MPV bersaiz besar dari Mercedes-Benz iaitu Vito Tourer kini diperkenalkan dalam versi istimewa di Malaysia, digelar Mercedes-Benz Vito Tourer Special Edition. Varian istimewa ini telah ditunjukkan buat pertama kali pada pasaran tempatan di roadshow Hap Seng Star di Bangsar Shopping Center hujung minggu lalu.

Mercedes-Benz Vito Tourer Special Edition dijual pada harga atas jalan tanpa insuran (pendaftaran persendirian) RM379,888. Jadi buat masa sekarang, model edisi istimewa ini merupakan model dengan penawaran paling tinggi dalam barisan model Vito Tourer dengan harga lebih RM20k lebih mahal berbanding Vito Tourer Exclusive.

Bagi mengetahui apa istimewanya Vito Tourer Special Edition ini, kami terangkan dahulu varian-varian Vito Tourer lain yang telah pun ditawarkan di Malaysia. Model paling asas Vito Tourer dijual pada harga RM342,036.40, dan ia datang dalam versi jarak roda lebih panjang, serta 10-tempat duduk yang dibahagikan kepada empat baris dalam konfigurasi 2-3-2-3.

Mercedes-Benz Vito Tourer Special Edition 2022 kini di Malaysia – RM379,888, gaya luaran seperti Maybach

Manakala Vito Tourer Exclusive yang dijual pada harga RM359,888 pula, ia datang dengan perincian lebih mewah menampilkan dua tempat duduk kapten pada baris kedua, serta hanya tiga baris tempat duduk dengan konfigurasi 2-2-3 bagi memberikan ruang lebih luas. Walau bagaimanapun, dengan pembelian Vito Tourer Exclusive, anda masih menerima tempat duduk 2-3-2-3; tempat duduk ini boleh anda simpan dan gunakan semula sekiranya perlu.

Bagi Vito Tourer Special Edition ini pula, secara asasnya ia menerima pakej penggayaan khas luaran yang nampak lebih mewah. Pakej tersebut terdiri dari hud dan gril dengan gaya seakan model dari divisi lebih mewah Mercedes-Benz iaitu Maybach, bampar hadapan dengan kemasan liang udara krom sepenuhnya serta bampar belakang yang turut diberi lebih banyak perincian-perincian krom.

Selain itu, kit kelengkapannya adalah sama dengan Vito Tourer lain termasuk rim aloi 17-inci, lampu hadapan dengan sistem LED Intelligent Light bersama High Beam Assist Plus, pengelap cermin automatik, kamera undur, sistem pemantau tekanan angin tayar serta enam beg-udara.

Manakala bagi sistem bantuan pemanduan keselamatan, kesemua Vito Tourer menerima fungsi termasuk Active Brake Assist (brek kecemasan automatik), Active Distance Assist Distronic (cruise control aktif), Attention Assist, Blind Spot Assist, Crosswind Assist, Hill-Start Assist, Lane Keeping Assist, Lane Tracking Package dan juga Parktronic

Mercedes-Benz Vito Tourer Special Edition ini menerima enjin petrol M274 2.0 liter turbo empat silinder berkuasa 211 PS (208 hp) pada takat 5,500 rpm dan tork maksima 350 Nm bermula 1,300 hingga 4,000 rpm. Ia dipadankan dengan kotak gear automatik sembilan kelajuan 9G-Tronic bagi memacu roda belakang.

GALERI: Mercedes-Benz Vito Tourer facelift

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required