EPMB dapat lesen pasang motosikal elektrik di Msia dari MITI – sasar keluarkan 50k unit Blueshark setahun

EPMB dapat lesen pasang motosikal elektrik di Msia dari MITI – sasar keluarkan 50k unit Blueshark setahun

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, EP Manufacturing mengumumkan bahawa mereka telah mendapat lesen pengilangan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk memasang dan mengeluarkan motosikal elektrik di dalam negara.

Sebelum ini, sebuah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh EP Manufacturing, iaitu EP Blueshark telah menerima kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk pelesenan dan pendaftaran produk elektrik dua roda mereka, sementara kilangnya pula akan terletak di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.

Melalui lesen pengilangan ini, EP Blueshark boleh mengimport komponen motosikal elektrik secara separa terurai (SKD) dan/atau terurai sepenuhnya (CKD) untuk dipasang dan dan dikilangkan di Malaysia, untuk pengedaran ke pasaran tempatan serta ASEAN.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan juga EP Manufacturing menyatakan bahawa dalam tahun-tahun awal mereka meletakkan sasaran pengeluaran 50,000 unit skuter elektrik Blueshark untuk satu tahun dan permintaan pada masa hadapan akan membawa kepada kapasiti pengeluaran yang akan ditingkatkan lagi.

Blueshark R1, antara produk terawal yang akan dikeluarkan adalah sebuah skuter elektrik dengan kemampuan 6.7 hp, mendapat kuasa daripada bateri 1.44 kWh untuk kapasiti penuh 2.88 kWh. Jarak gerak yang diumumkan adalah 160 km pada kelajuan 25 km/j.

Ia juga mempunyai kelengkapan lain seperti sistem pengesan cap jari, brek cakera hadapan dan belakang, perakam video hadapan dan belakang serta sensor ultrasonik yang boleh memerhatikan jarak motosikal dengan kenderaan lain.

GALERI: Blueshark R1

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required