VIDEO: Myvi dirempuh treler kerana tukar lorong mengejut, sebabkan sembilan kenderaan rosak

VIDEO: Myvi dirempuh treler kerana tukar lorong mengejut, sebabkan sembilan kenderaan rosak

Hari ini tular satu video yang memaparkan insiden sebuah Perodua Myvi dirempuh lori treler yang berlaku Lebuhraya Kesas. Video berkenaan dimuatnaik di Facebook Group DashCam Owner Malaysia oleh pemilik akaun bernama Khairul Nazmie siang tadi.

Dalam video berkenaan dapat dilihat sebuah lori treler merempuh sebuah Perodua Myvi dan kemudian terbalik dan melanggar kenderaan lain. Dalam laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat menyatakan siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca disebabkan pemandu lori treler berkenaan tidak sempat untuk memperlahankan kenderaannya, apabila Perodua Myvi berwarna perak tersebut menukar lorong secara tiba-tiba.

“Dia tiba-tiba memasuki lorong kiri untuk ke susur Persiaran Kewajipan dan menyebabkan sebuah treler tidak sempat menekan brek, lalu merempuh kereta itu dan menyebabkannya terbalik.

“Perodua Myvi berkenaan kemudian melanggar beberapa kenderaan yang beratur di susur Persiaran Kewajipan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau turut memberitahu bahawa kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8.15 pagi tadi di Kilometer 38 Lebuhraya Shah Alam (Kesas), dan Perodua Myvi tersebut dipandu oleh seorang wanita berusia 22 tahun. Sebanyak sembilan kenderaan terbabit dalam kemalangan ini termasuk dua Nissan Almera, satu Honda CRV, satu Proton X70, satu Mitsubishi Lancer, satu lori Hino dan satu treler.

Walau bagaimanapun hanya pemandu kereta Perodua Myvi yang mengalami cedera ringan dan pemandu kenderaan lain dilapor tidak cedera. Wan Azlan turut menyatakan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dengan cuai dan tidak cermat.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required