ACE 2022: Toyota Corolla Cross Hybrid — senyap, selesa, cekap dan tawaran istimewa lain menanti

ACE 2022: Toyota Corolla Cross Hybrid — senyap, selesa, cekap dan tawaran istimewa lain menanti

Toyota Corolla Cross dikenali kerana kebolehpercayaannya untuk memikul tugas sebagai kenderaan harian. Namun, jika ingin versi yang lebih senyap, maka perlulah beri perhatian kepada Toyota Corolla Cross Hybrid, yang hingga enam dB lebih senyap ruang kabinnya ketika pecutan penuh berbanding varian 1.8L petrol. 0-100 km/j bagi varian hibrid in ini hanya lambat 0-9 saat. Kadar penggunaan minyak pula adalah 23.3 km/l.

Dari sudut kebolehpercayaan, Toyota merujuk kepada kajian kes di Singapura yang memerhati ratusan Prius
yang digunakan untuk Grab. Sejak diperkenalkan pada 2016, tiada sebarang kegagalan direkodkan sepanjang enam tahun perkhidmatan itu, sebahagiannya dengan perbatuan lebih 150,000 km. Apa pun, Crolla Cross Hybrid diberikan jaminan lapan-tahun tanpa had perbatuan yang boleh dilanjutkan lagi dua tahun dengan kos RM2,950.

SUV berkenaan dikuasakan oleh enjin 1.8 liter empat-silinder kitaran Atkinson. Unit Dual VVT-i ini menghasilkan 98 PS/142 Nm dan digandingkan bersama motor elektrik 72 PS/163 Nm dan bateri Ni-MH untuk memberikan output keseluruhan sistem sebanyak 122 PS.

Dekati Toyota Corolla Cross Hybrid di ACE 2022, dengan pengunjung yang mendaftar minat mereka di ruang pamer Toyota berpeluang menerima hadiah cenderahati edisi terhad (selagi stok masih ada). Toyota akan menjalankan jualan akhir tahun dengan menawarkan rebat tunai, aksesori percuma bagi model terpilih dengan nilai sehingga RM4,000, dan pembiayaan 100% dengan ansuran bulanan serendah RM498. Toyota juga menjanjikan pengalaman pemilikan kenderaan yang menyenangkan melalui servis lepas jualan Extra Mile.

ACE 2022: Toyota Corolla Cross Hybrid — senyap, selesa, cekap dan tawaran istimewa lain menanti

Selain Toyota, jenama lain yang akan turut serta dalam ACE 2022 ialah Hyundai, Nissan, Honda, Proton, Perodua dan Subaru. Wakil daripada jenama premium juga ada, dengan Volvo (melalui Ingress Swede Automobile), Mercedes-Benz (melalui Cycle & Carriage) dan BMW/MINI (melalui Wheelcorp Premium) akan ikut serta. Sama seperti PACE, anda berpeluang untuk memandu uji dan membeli kenderaan yang dihajatkan sepanjang ACE 2022 berlangsung — unit baru atau terpakai, semuanya ada, dengan tawaran menarik daripada semua jenama yang terlibat.

Ada banyak lagi tawaran menarik lainnya. 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan.

myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

ACE 2022: Toyota Corolla Cross Hybrid — senyap, selesa, cekap dan tawaran istimewa lain menanti

Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

Banyak lagi perincian promosi yang akan kami kongsikan daripada jenama-jenama yang ikut serta nanti, jadi teruskan bersama kami. Sementara itu, tandakan kalendar anda untuk 5-6 November 2022 untuk ACE 2022 di SCCC. Jumpa di sana!

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required