Ducati Diavel V4 didedah – 168 hp, penampilan baru

Ducati Diavel V4 didedah – 168 hp, penampilan baru

Ducati Diavel menjadi model seterusnya yang mendapat enjin V4 dari Ducati dan diperkenalkan kepada dunia. Bukan setakat enjin, keseluruhan bentuk motosikal “muscle cruiser” ini juga telah dirombak semula, memberikan identiti sama, tetapi lebih moden.

Enjin yang digunakan pada Diavel V4 adalah sama seperti Multistrada V4, iaitu unit V4 Granturismo 1,158 cc, tetapi kuasanya lebih sedikit, menjadi 168 hp pada 10,750 rpm dan 128 Nm tork pada 7,750 rpm. Transmisi menggunakan unit enam kelajuan dengan quickshifter, menghantar kuasa kepada roda belakang melalui sistem rantai.

Keseluruhan sistem lampu pada Diavel V4 ini telah diubah, bermula dengan lampu hadapan, yang mana DRL “C berkembar” padanya kini dijadikan kurang berpetak, sementara lampu penunjuk arah dilekatkan pada pemegang dan menggunakan jenis dinamik. Lampu belakang juga menggunakan konsep pencahayaan “C berkembar”, tetapi lebih unik dengan LED berbintik yang disepadukan terus pada lengkung roda.

Diavel V4 baru ini juga 13 kg lebih ringan berbanding Diavel sebelum ini, dengan mencatat berat 223 kg. Sebahagian daripada pengurangan berat ini datang daripada enjin, iaitu sebanyak lima kg, sementara lapan kg lagi datang daripada bahagian casis.

Pakej elektronik lengkap dipasang pada Diavel V4, termasuk tiga mod kuasa, empat mod tunggangan, Cruise Control, Launch Control, Ducati Traction Control, ABS Cornering serta Ducati Wheelie Control. Motosikal ini ditawarkan dalam dua warna iaitu Ducati Red dan Thrilling Black, sementara pecutan 0-100 km/j pula boleh dilakukan dalam masa bawah tiga saat.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required