Seorang rakyat M’sia kena bayar 99k baht gara-gara beraksi drift di Hatyai menyebabkan 4 kenderaan rosak

Seorang rakyat M’sia kena bayar 99k baht gara-gara beraksi drift di Hatyai menyebabkan 4 kenderaan rosak

Seorang rakyat Malaysia terpaksa membayar ganti rugi hampir 100,000 baht (RM12,438) kepada empat pemilik kenderaan di di sebuah kem gajah, Chang Puak Camp, Hatyai, Thailand gara-gara melakukan aksi drift di tempat letak kereta di daerah berkenaan.

Pemandu berusia 32 tahun yang membawa jentera BMW M2 itu membuat aksi drift di tempat letak berkenaan pada Jumaat lalu, hingga menyebabkan sebuah kereta dan tiga lagi tuk-tuk yang berada tempat letak kereta mengalami kerosakan termasuk cermin pecah dan calar pada kereta dan tuk-tuk, laporan Bangkok Post.

Selepas melakukan enam pusingan drift, pemandu berkenaan terus meninggalkan tempat parkir terbabit tanpa menyedari tindakannya telah merosakkan kenderaan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Pelancong Hatyai Leftenan Kolonel Anuwat Rithichai, pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan itu membuat laporan polis pada hari yang sama.

Seorang rakyat M’sia kena bayar 99k baht gara-gara beraksi drift di Hatyai menyebabkan 4 kenderaan rosak

“Polis berjaya mengesan kenderaan yang dibawa lelaki warga Malaysia itu di Kompleks Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand kira-kira 6 petang Sabtu lalu. Pemandu itu bersama isterinya telah dibawa ke balai polis untuk bertemu dengan pemilik kenderaan yang terjejas,” katanya.

Tambah beliau, pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan tersebut pada mulanya menuntut sejumlah 107,000 baht sebagai ganti rugi. Namun selepas berunding, kedua-dua pihak bersetuju pemandu berkenaan membayar ganti rugi sebanyak 99,000 baht kepada empat pemilik kenderaan terbabit.

Menurut lelaki berkenaan, dia membuat aksi drift atas permintaan seorang kakitangan wanita di tempat tumpuan pelancongan berkenaan tanpa menyedari ia telah menyebabkan kerosakan pada kenderaan lain. Dalam masa yang sama, dia juga turut memohon maaf kepada semua pemilik kenderaan yang terlibat dalam pertemuan yang berlangsung secara harmoni di sebuah balai polis di daerah berkenaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required