Perodua Aruz remuk dihempap tayar lori terpelanting

Perodua Aruz remuk dihempap tayar lori terpelanting

Sebuah Perodua Aruz remuk teruk selepas dihempap sebuah tayar lori yang tertanggal di Lebuhraya Elite di KM27.6 berdekatan Sepang, Selangor semalam, menurut hantaran Twitter oleh Mohd Redzuan Abdul Manap. Seorang lelaki yang berada di dalam Aruz cedera di bahagian muka dan kepala akibat kejadian itu.

Dalam sebuah gambar yang disertakan, Aruz berkenaan kelihatan rosak teruk, terutama bahagian atas dan cermin depannya: bumbung juga nampak “terkoyak” disebabkan tayar lori yang terpelanting itu. Walaupun terkesan teruk dengan impak berkenaan, tiang A Aruz nampak masih kekal bertahan.

Tayar lori yang terpelanting daripada sebuah trak berat itu mungkin berada dalam ketinggian di udara sebelum menghempap Aruz, kerana melihat kepada kerosakan cermin depan yang berlaku dan bumbung yang remuk begitu dari arah atas. Bahagian depan Aruz selepas cermin depan utama bagaimanapun tidak menampakkan kesan hentaman yang ketara.

Tayar yang terpelanting itu mungkin dari bahagian sebelah kiri lori berkenaan. Faktor lain yang menyebabkan kemalangan itu tidak didedahkan. Setiap kali berada lebuhraya atau jalanraya, maka berhati-hatilah. Syarikat pengendali kenderaan berat juga perlu bertanggungjawab memastikan kenderaan mereka sentiasa berada dalam keadaan baik.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required