Myvi diterbalikkan di Johor – rakaman dashcam buktikan penghantar makanan langgar lampu merah

Myvi diterbalikkan di Johor – rakaman dashcam buktikan penghantar makanan langgar lampu merah

Semalam tular satu video di media sosial memaparkan sebuah Perodua Myvi diterbalikkan orang ramai yang kelihatan marah. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor pada hari khamis malam, 3 November 2022.

Dalam satu laporan akhbar Kosmo, seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Akmal menyatakan bahawa kejadian bermula apabila pemandu kereta Perodua Myvi itu bertindak melanggar lampu merah ketika di simpang empat Jalan Kota Masai 2, pada masa sama penunggang motosikal terbabit sedang berjalan terus dengan agak laju.

Saksi tersebut turut menyatakan bahawa orang ramai mula marah dan merosakkan Myvi berkenaan selepas pemandunya yang sudah selamat berada dalam kereta peronda polis membuat provokasi terhadap orang ramai.

Namun dalam satu lagi video yang tular, iaitu rakaman dashcam dari Myvi berkenaan membuktikan bahawa lampu masih belum bertukar kuning ketika ia tiba di persimpangan tersebut. Tetapi ia sudah berkelip memberi amaran bahawa ia hampir bertukar kuning, membuktikan bahawa penunggang penghantar makanan itu yang sebenarnya melanggar lampu merah.

Setakat ini polis telah menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut, menurut satu lagi laporan Kosmo. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kesemua suspek yang berusia antara 17 hingga 24 tahun sudahpun ditahan dalam beberapa operasi yang dijalankan di Jalan Bunga Raya, Masai dan Jalan Tembikai, Taman Kota Masai bermula pukul 10.45 pagi semalam.

Mohd. Sohaimi turut menyatakan bahawa ketiga-tiga suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan buat waktu ini polis masih menjalankan operasi untuk menahan beberapa lagi suspek yang terlibat dengan kejadian rusuhan tersebut, dan menyiasat apakah punca orang ramai bertindak merusuh dan menterbalikkan kereta yang dipandu mangsa.

Jadi sekurang-kurangnya ada dua pengajaran untuk kita semua dari insiden ini; pertama – untuk penghantar makanan, tolonglah jangan langgar lampu isyarat merah kerana sekiranya terjadi apa-apa insiden, ia bukan menyusahkan anda seorang, malah banyak pihak lain turut terlibat.

Dan yang kedua, sekiranya terjadi insiden seperti ini, biarlah polis sahaja lakukan tugas mereka. Kita yang tidak terlibat jangan masuk campur dan jangan dikuasai emosi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Yang Terutama on Nov 06, 2022 at 12:12 am

    Mmg sebodoh bodohnya la rider

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 4
    • Mansuhkan dan haramkan terus perkhidmatan rider. Menyusahkan orang

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 3
  • Tu la..Asal Excident dgn Motor jer..Kereta Mesti Dipersalahkn pdahal Motor yg melakukn Kesalahan terutama Rider2 Grab, Pandafood dll. Dh byk kali tgk Rider2 ni Langgar lampu Merah, Memotong kenderaan depan ikut sukahati Tanpa peduli kenderaan yg dia nk motong atau kenderaan depan..Kita lak kna ketepi bgi dia memotong.Harap2 Pihak Grab , Pandafood dll ade Undang2 tegas terhdap sikap Rider2 yg mementingkn diri sendri dn Bahayakn Penguna lain di atas jalanraya.

    Like or Dislike: Thumb up 45 Thumb down 0
  • Bryan on Nov 06, 2022 at 10:07 am

    Ban Grab and Panda. Always play as victim but in fact they are traffic rule offender

    Like or Dislike: Thumb up 14 Thumb down 2
  • Foong on Nov 06, 2022 at 11:16 am

    Tu la… kerja rider bahaya kan… sebaik2nya kita tak buat order delivery kita dapat selamatkan riders. Kan kan kan.

    Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 0
  • Bosscorrupt on Nov 06, 2022 at 11:41 am

    Pemandu & penunggang berbuat salah
    Wajib Saman sekali Company eHailing ..
    Sebab sykt gagal kawal/urus .

    Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 0
  • Selalu nmpk rider2 ni langgar lampu merah, kut ya pun nk kejar trip, jgn la sampai langgar undang2..

    Like or Dislike: Thumb up 18 Thumb down 0
  • Sharul on Nov 06, 2022 at 2:25 pm

    Maaf,sy bgi cadangan tutup jer penghantar makanan tu, dulu bagi peluang kerja masa covic….skrg menyusahkan orang.

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 8
  • Mohd Rosli Bin Halim on Nov 06, 2022 at 3:06 pm

    Rider motor kat Malaysia memang bermasalah.Motor dorang seperti tak ada brake.Tak hormati langsung pengguna jalanraya yang lain.Kadang-kadang berlagak seperti polis sesuka hati mak dia nak bagi arahan supaya ketepi.Dah la bayar roadtax murah berlagak pulak tu Macam lah jalanraya nenek dia.lempang kan baru tau

    Like or Dislike: Thumb up 15 Thumb down 0
  • Xavier on Nov 06, 2022 at 7:23 pm

    Asal kan accident, kereta lah yang salah… fikiran ni tertanam didalam otak ramai riders, tu lah sebabnya remai yang tak ikut peraturan jalan raya, they are the boss. Haiz…

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • KingoftheRoad on Nov 06, 2022 at 7:37 pm

    Motor kat malaysia semuanya pakai brakepad brembo gold/platinum edition. Sekali brake, habis RM100. Itulah sebab diarang tak boleh brek punya dekat traffic light.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Lepok on Nov 06, 2022 at 8:50 pm

    Dalam kes ni…nmpak rider yg lnggar lampu merah…selalu lepas…kali ni tak lepas..mcm mana keadaan rider tu….ape2 biar lah phak brkuasa stllekn..kita jgn mandai2….one buy one tngok..hihi ni lah kalau kreta ada psang dashcam…ade kbaikan dan ada kburukan..bukti segala galanya… Banana

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Yg terbalik kan kereta tu, silakan terbalik otak kalian terlebih dahulu.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Boltaskar on Nov 07, 2022 at 12:17 am

    Seragamkan no plat kenderaan dahulu….upgrade kamera litar disetiap lampu isyarat……benda mudah displinkan pengguna jalanraya

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Boltaskar on Nov 07, 2022 at 12:18 am

    Seragamkan no plat kenderaan dahulu….upgrade kamera litar tertutup disetiap lampu isyarat dan kawasan hotspot…..benda mudah untuk displinkan pengguna jalanraya

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Lebih baik kerajaan tutup dan haramkan terus perkhidmatan rider2 ni. Menyusahkan orang..nt kalo terjumpa driver yang panas baran alamat mati katak la rider2 kena langgar

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Rayha on Nov 09, 2022 at 2:24 pm

    Rider penghantaran makanan mmg selalu saya tgk langgar traffic light, klu x de order x pyh la kelamkabut, nyawa dia senang2 jr melayang , x kira kete, moto hendak la berhati-hati.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required