Hakim Danish pelumba Malaysia pertama juara ATC

Hakim Danish pelumba Malaysia pertama juara ATC

Pusingan terakhir Asia Talent Cup (ATC) 2022 di Mandalika, Indonesia menyaksikan pelumba Malaysia, Hakim Danish dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Ini adalah kali pertama gelaran tersebut diberikan kepada pelumba dari Malaysia, dengan sepanjang musim, Hakim berjaya berada di podium sebanyak tujuh kali dan empat daripadanya adalah di tempat pertama.

Dalam perlumbaan pertama hujung minggu lalu, Hakim bersaing sengit dengan Shinya Ezawa serta Briton Carter Thompson untuk merebut tempat di atas podium, sementara tempat pertama dikuasai oleh pelumba Indonesia, Veda Ega Pratama. Selepas 16 pusingan, Hakim akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, di belakang Thompson.

Masuk ke perlumbaan kedua, Hakim berjaya mendapat permulaan yang baik tetapi terperangkap dalam keadaan kucar kacir dengan pelumba lain dan turun beberapa tempat. Walaupun begitu, pemuda dari Terengganu berjaya mengejar kembali dan memotong beberapa pelumba lain, dan akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

“Saya sangat gembira dengan musim 2022 ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja, keluarga, kru ZK Racing dan Asia Talent Cup, serta semua yang menyokong saya selama ini. Saya akan bekerja lebih keras lagi dan mencapai lebih banyak lagi gelaran pada masa hadapan,” kata Hakim.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required