Sekali lagi, model sedan Proton yang diberi nama S50 telah dilihat sedang diuji oleh seorang pembaca paultan.org. Sama seperti sebelum ini, unit berkenaan mengenakan pelekat samaran dan trade plate yang sama dengan unit yang juga pernah dilihat sebelum ini Ogos lalu, yang mengesahkan lagi identiti kereta yang dilihat kali ini.
Walaupun masih diselindung, bahagian depan kereta ini boleh dilihat, dengan rekaan grilnya kelihatan. Asas kepada S50 ini ialah model Geely Emgrand, dan oleh kerana kedudukan penawarnnya berada di atas Persona dalam segmen B, S50 ini berkemungkinan besar adalah pengganti kepada model Preve.
Dengan ukuran 4,638 mm panjang, 1,820 mm lebar dan 1,460 mm tinggi, S50 merupakan sebuah kereta yang lebih besar berbanding Preve, dengan 95 mm lebih panjang dan 34 mm lebih lebar. Jarak antara roda pula kekal sama dengan 2,650 mm.
Dari sudut penjanaan kuasa, Emgrand di China menggunakan enjin 1.5 liter NA empat-silinder petrol yang menghasilkan 114 PS dan 147 Nm tork, digandingkan dengan pilihan kotak gear manual lima-kelajuan atau CVT, dengan kuasa disalurkan ke roda depan. Di Filipina pula, janaan kuasanya sedikit berkurangan: hanya 102 PS dan 142 Nm.
Ia menggunakan platfrom B-segment Modular Architecture (BMA) seperti Proton X50. Ini memberi petunjuk yang S50 juga mungkin akan menggunakan enjin 1.5 liter turbocas tiga-silinder yang sama, yang menjana sebanyak 177 PS dan 255 Nm tork dalam versi paling tinggi Flagship.
Bagaimana agaknya S50 ini jika dibandingkan dengan model pesaing seperti Honda City/Civic atau Toyota Vios/Altis? Mampu memecahkan populariti model sedia ada itu atau sebaliknya? Kita lihat nanti.



Proton X90
dari RM106,800
Proton S70
dari RM73,800
Proton eMas 7 PHEV
dari RM109,800
Proton X70
dari RM106,800
Proton Saga
dari RM38,990
Proton eMas 5
dari RM59,800
Proton X50
dari RM89,800
Proton eMas 7
dari RM103,800