Hyundai Ioniq 5 Max Malaysia diberi peningkatan – tiada lagi bumbung solar, dapat heads-up display?

Hyundai Ioniq 5 Max Malaysia diberi peningkatan – tiada lagi bumbung solar, dapat heads-up display?

Satu kumpulan baru Hyundai Ioniq 5 Max telah ditemui oleh seorang ahli kelab Hyundai Ioniq 5 EV di pusat servis Hyundai Ara Damansara. Melihat secara terperinci, kereta yang ditemui itu mempunyai beberapa perbezaan berbanding kereta tahun 2022 yang dilancarkan untuk pasaran.

Sebagai permulaan, kita tahu ini adalah varian Max kerana rekaan rimnya, iaitu unit 20 inci yang digunakan pada Max, dan bukannya unit 19 inci seperti pada varian Lite dan Plus.

Kemudiannya, ada dua perbezaan antara kereta di dalam gambar ini dengan model Max yang dilancarkan sebelum ini. Pertama sekali, tiada lagi bumbung solar, dan kedua, kereta itu nampak seperti menerima ciri heads-up display, yang mana projector untuknya boleh dilihat atas papan pemuka di hadapan bahagian pemandu.

Hyundai Ioniq 5 Max Malaysia diberi peningkatan – tiada lagi bumbung solar, dapat heads-up display?

Ada kemungkinan, kereta ini juga menerima beberapa peningkatan lain seperti di negara luar (mungkin juga tidak), seperti bateri 77.4 kWh yang lebih besar, atau Smart Frequency Dampers (SFP) yang dapat “memperbaiki maklum balas suspensi gandar hadapan dan belakang untuk meningkatkan keselesaan.” Sama seperti “Agility Control” oleh Mercedes-Benz, ia dikawal secara automatik dan bukannya dilaras sendiri oleh pemandu.

Kami akan maklumkan sekiranya terdapat sebarang pengumuman rasmi daripada Sime-Darby Motor berkenaan spesifikasi Ioniq 5 ini dan jika ada sebarang perubahan termasuk bagi varian Lite dan Plus.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required