Kerajaan mempertimbangkan lanjutan tempoh baharui lesen memandu maksimum 10 tahun – Loke

Kerajaan mempertimbangkan lanjutan tempoh baharui lesen memandu maksimum 10 tahun – Loke

Mungkin ada di kalangan anda merasakan alangkah bagusnya jika tempoh pembaharuan lesen memandu dilanjutkan berbanding maksimum lima tahun seperti sekarang. Dan mungkin perkara ini dapat direalisasikan, pada masa akan datang, ini kerana Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihak kerajaan sedang melihat keperluan untuk melanjutkan tempoh pembaharuan lesen memandu maksimum hingga 10 tahun, laporan New Straits Times.

Menurut Loke, kementerian sedang berusaha untuk melanjutkan tempoh sah lesen memandu melebihi had lima tahun semasa, dan beliau telah meminta kementeriannya untuk melihat ke arah membenarkan pemandu boleh memperbaharui lesen mereka sehingga 10 tahun.

Tambahnya, langkah membenarkan orang ramai memperbaharui lesen mereka sehingga 10 tahun juga akan menambah wang kerajaan. “Ada keperluan untuk menyemak lanjutan kepada 10 tahun untuk tempoh sah lesen. Apabila lesen memandu diperbaharui, ia menjana pendapatan kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya di Dewan Rakyat.

Buat masa ini, kos sebanyak RM30 setahun dikenakan untuk memperbaharui lesen memandu Kelas D, dengan tempoh minimum pembaharuan adalah setahun dan maksimum lima tahun, jadi jika kerajaan membenarkan lanjutan tempoh, bayaran yang dikenakan untuk 10 tahun mencecah RM300. Walaupun tidak semua orang berkemungkinan memilih tempoh sah yang begitu lama, namun masih mempunyai pilihan jika hendak berbuat demikian.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Rusli on Feb 25, 2023 at 12:38 pm

    Saya setuju makin lama tempoh, bayaran makin kurang

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Zulpro on May 04, 2023 at 11:53 am

    JPJ tak cukup income ke? Cuma bagus juga jana pendapatan cara ini dari saman dan sita kenderaan yg rakyat susah payah nak beli, nak lulus loan tapi ubahsuai sikit² nak bagi kenderaan kesayangan cantik pun SERBA tak boleh… ELOK juga MOT kaji longgarkan dos and don’t di kalangan pengguna kenderaan bermotor di Malaysia yg sebenarnya hanyalah menyekat hak asasi dan kreativiti rakyat Malaysia… Undang² lapuk yg telah jauh meninggalkan rakyat negara ni berbanding majority warga negara² ASEAN lain hingga jadi momokan.
    Akhirnya kita… sekarang ni.., relies on scraps, lowest quality products from CHINA!!! WTF !!! What the facts…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required